Wednesday, May 21

Melancong ke Siem Reap ( Tips Melawat Angkor Wat)



Pengetahuan umum ke Angkor Wat

Semestinya kalau ke Siem Reap tidak pergi ke Angkor Wat adalah satu benda yang pelik. Angkor Wat adalah kuil-kuil lama yang masih dijaga untuk tujuan perlancongan. Ada sesetengah kuil sudah mula roboh. Maka lawatlah cepat sebelum roboh lebih banyak. Hehe

Tiket untuk ke Angkor Wat adalah 20 usd untuk 1 hari. Ada juga tiket untuk 3 hari iaitu 30 usd dan tiket 7 hari untuk 60 usd. Bagi aku untuk lawatan sebagai pelancong cukuplah sekadar melawat 1 hari ke Angkor Wat. Jika anda serius minat dengan reka bentuk dan mungkin melakukan penyelikan maka tiket 3 hari atau 7 hari sesuai untuk anda.

Aku mencadangkan korang semua lawat 1 hari sahaja bukan apa, sebab kalau dah seharian tengok kuil  je lama-lama pun bosan. Untuk pengetahuan umum, Angkor Wat ini mempunyai banyak kuil yang setiapnya terletak di tempat yang berbeza. Harus diingatkan tidak perlu rasa tamak untuk melawat semua kuil, hanya memilih beberapa kawasan yang utama juga sudah memadai. Setiap kuil yang dilawati itu memerlukan beberapa jam untuk pusing seluruh kawasan kuil campur dengan masa ambil gambar dan berehat. Maka pilih kuil yang tertentu sahaja sudah memadai.




Kenderaan Untuk Ke Angkor Wat

Ada beberapa pilihan kenderaan untuk ke Angkor Wat. Aku memilih menggunakan tuk-tuk dengan bayaran 15 usd sehari untuk lawatan ke 3 buah kuil ( Main Angkor Wat, Ta Phrom dan Bayou). Bayaran tuk-tuk ini tidak fix, bergantung kepada kemahiran anda untuk memujuk minta kurang. Tapi bayaran tuk-tuk sehari secara purata adalah sekitar 10 usd hingga 20 usd. Jadi 15 usd adalah harga yang normal.

Ada juga pilihan untuk naik basikal ke Angkor Wat. Harga sewa basikal hanya 1 usd untuk basikal biasa dan 2 usd untuk basikal racing. Sewaan adalah selama 1 hari. Untuk tips berjimat guna basikal memang paling jimat. Tetapi aku sekeras-kerasnya tak mencadangkan korang naik basikal. Amatlah letih. Sebab kita boleh naik basikal sampai depan pintu masuk setiap kuil tersebut. Pastu kena sambung jalan kaki untuk melawat kuil.



Tips Melawat Angkor Wat

1- Untuk lawatan biasa cukup sekadar membeli tiket untuk 1 hari
2- Pakai pakaian yang sesuai. Ada sesetengah kawasan seluar pendek tak boleh masuk.
3- Pakai kasut dan baju yang memudahkan pergerakkan. Pakai kasut tumit bagi perempuan adalah kerja gila. hehe.
4- Cuaca amat panas, jadi bawa air dan topi.
5- Aku pakai kompak kamera je masa ini. Tapi siapa ada lens wide, amat berguna masa ni.

Tuesday, May 13

Melancong ke Siem Reap (Hari 1)



Aku baru mula ingin berjinak-jinak dalam bidang travel secara backpacker ini. Orang tua-tua cakap "Kita perlu bermimpi besar-besar dan mula mengejar mimpi itu". Aku mempunyai mimpi untuk travel seluruh pelusuk dunia dan nak tengok budaya orang di tempat-tempat lain. Aku jeles baca cerita-cerita mengenai orang lain yang dah travel banyak negara. Siap ada yang berhenti kerja untuk memenuhi impian mengelilingi dunia. Siapa tak tercabar?

 Jadi aku pejam mata dan beli tiket flight Air Asia ke Siem Reap.

Aku jadikan Siem Reap ini batu loncatan aku untuk mencapai cita-cita. Aku pilih Siem Reap sebab kat sana ada Angkor Wat. Selalunya orang yang travel ni ada minat masing-masing. Ada yang minat sejarah, ada yang minat pulau-pulau, ada yang minat aktiviti xtreme dan bermacam-macam lagi. Aku lebih kepada fotografi walau pun secara nyata ilmu fotografi aku amat ayam.

Aku ke Siem Reap naik flight Air Asia dengan harga RM 500 return. Harga ini boleh dikatakan berpatutan walau hakikatnya boleh dapat murah lagi. Pernah aku check harga RM 250 kebawah return flight. Cuma tarikh tu aku tak berminat la.

Kenderaan dari Airport ke Hotel

Aku tiba di Siem Reap 7 pagi. Kami tidak menempah mana-mana hotel sebelum ke Siem Reap. Jadi selepas tiba di airport kami cari sim card Kemboja. Sim card amat mudah didapati di airport. Keluar sahaja airport akan ada promoter mendekati anda untuk menjual sim card mereka masing-masing. Pandai-pandailah korang guna ilmu Matematik yang mana lebih baik dan murah. Aku tak pasti nama sim card yang aku guna, tetapi harganya hanya 4 usd untuk kredit dalam 2 usd dan internet 1.5 gig. Gila murah!

Kemudian aku menempah hotel menggunakan application Agoda dalam handphone. Aku menempah New Bequest Hotel untuk hari pertama.

Dari airport ke Hotel mempunyai beberapa pilihan kenderaan. Yang pertama menggunakan official teksi. Harga adalah fix jadi tiada isu charge lebih kepada pelancong. Terdapat juga tuk-tuk dan motorsikal. Aku pilih motorsikal. Sebab aku travel berdua. Untuk berjimat kami pilih motorsikal dengan setiap orang menjadi pembonceng. Harga naik motor dari airport ke hotel hanya 2usd.

Iternary hari pertama 

Harga untuk bilik double single bed adalah sebanyak 15 usd. Hotel ini amat bersih dengan staff mereka yang amat peramah. Dihadapan hotel ada kedai dobi dan tempat sewa basikal. Bagi aku hotel ini amat strategik memandang terletak ditengah-tengah bandar Siem Reap. Nak ke retoran halal pun tak berapa jauh.

Selepas rehat dihotel, kami cari tuk-tuk untuk pergi ke beberapa tempat yang boleh capai dalam masa setengah hari.

Tuk-tuk di Kemboja. Agak mengiurkan designnya.

Untuk pengetahuan umum, tuk-tuk amatlah mudah nak dapat dan harga boleh deal sehingga kedua-dua belah pihak puas. Bagi aku tak yah susahkan diri tempah awal di internet pun takpe. Sebab memang amat berlambak tuk-tuk di sekitar centre point Siem Reap ini.

Harga Tuk-tuk kami pada hari pertama adalah sebanyak 15 usd. Untuk lawatan ke 3 tempat:

1- National Muzium ( 12usd bayaran tiket)
 Bagi aku masuk National Muzium ini adalah amat tidak berbaloi dengan bayaran sebanyak 12 usd. Lagi satu aku memang kurang minat muzium pun. hehe. Sesiapa minat sejarah tempat ini sesuai dilawati memandangkan muzium ini agak besar. cuma harga 12usd tu aku rasa terlalu mahal untuk muzium.

2- War Muzium ( 5 usd bayaran tiket)
War Muzium merupakan muzium anda patut lawat. Kat sini tempatnya relak dengan berlambak kereta kebal, senapang dan bom diletakkan merata-rata. Korang boleh sentuh dan angkat senapang itu sesuka hati. Baru aku sedar berat jugak senapang sebenanrnya.

3- Sun set di Angkor wat (free jika sudah membeli tiket ke Angkor Wat untuk keesokkan hari)
Pemandu tuk-tuk bawa kami ke tempat membeli tiket untuk ke Angkor wat pada keesokkan hari. Bayaran ke Angkor Wat adalah 20 usd untuk 1 hari. Ada juga tiket untuk 3 hari iaitu 40 usd dan tiket untuk 7 hari berharga 60 usd.

Apabila sudah ada tiket ke Angkor Wat, maka bolehlah anda pergi melihat sunset di Angkor Wat. Untuk ke tempat sunset ini, anda perlu berjalan kaki naik bukit dalam 15 ke 20 minit. Pakai pakaian yang sesuai dan datang awal sebab memang ramai orang nak tengok sunset ni.
 

Helikopter di War Muzium. Aku main bantai naik je..hehe