Hujung minggu lepas aku sibuk angkat barang pindah rumah. Aku berpindah rumah yang baru kerana mahu menikmati angin baru dari belah selatan yang hanya boleh diperolehi daripada rumah itu. Rumah yang aku berpindah ini telah ditinggalkan buat masa yang lama. Jadi keadaannya usang dan menyeramkan.
Jadi sebelum berpindah, aku dengan Apin berusaha keras membersihkan rumah biar boleh beri nikmat masa tidur nanti. Aku menyapu lantai, Apin pula mengosok lantai guna berus. Kerja-kerja mencuci lantai ambil masa 3 jam. Ruangan yang di kaver hanyalah ruang tamu dan dua bilik kami. Dapur dan bahagian lain kami biar untuk buat di lain hari.
Selepas selesai aku rasa letih, bertambahan pula sekarang di bulan puasa. Aku duduk rehat diberanda rumah sambil telan air liur kasi hilang haus. Sedang-sedang aku menelan air liur seekor burung terbang depan lalu hinggap di beranda rumah tidak jauh dari aku.
Aku pandang burung tadi. Burung tadi juga balas pandang.
Kemudian Aku ubah pandangan aku, kepada pandangan penuh nafsu mahu makan burung tadi.
Burung tadi mula tak sedap hati, lalu terbang meninggalkan aku.
"Keh,keh,keh...tahu takut"
Monday, July 29
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 x 5 = ??:
hahaha!
ape dosa burung tu?
TELAN AIR LIUR KUMPUL2 SIKIT BAGI HILANG HAUS HEHE da habis kemas cuba tangkap sikit gambar.. :)
Nasib panjang lagi umur burung tu. Tidak jadi gulai. haha
weyyy..ada cikgu br masuk skolah ko tak?
Rajinnya cikgu faiq ni. Mesti rumah sentiasa kemas dan bersih. Rumah ni lebih dekat dengan sekolah ke?
Acah2 je tu wey.
kalau tak dah jadi juadah berbuka puasa la burung tu..
rumah raya ke tuu? hehehe
Ape ni. Orang sibuk makan ayam, dia nak makan burung pula. Haha.
Ksian burung pon dianiaya
Post a Comment