Jam sekarang menunjukkan pukul 12 malam. Aku tengah layan game bola FIFA 13 dengan penuh keterujaan. Andrenalin aku keluar laju sambil mengemudi pasukan Malaysia patch menentang Chelsea. Hasil tangan aku, pasukan Malaysia dapat memberikan tentangan hebat kepada Chelsea berbanding kendalian Rajagopal baru-baru ini. Mengikut statistik, pasukan Chelsea hanya beberapa kali sahaja dapat memasuki kotak penalti Malaysia bawah kendalian aku, namun penyudahnya mudah diselamatkan keeper Malaysia.
Sedang aku syok-syok layan game bola, tiba-tiba alarm henpon berdering tanda reminder lalu. Aku pause game bola sebentar lalu bergerak ke arah henpon yang terletak di bucu katil yang mana sipi-sipi mahu jatuh bawah.
Aku tenung skrin henpon tuju reminder yang berbunyi tadi.
" Besday Najib Tun Razak"
"Aku perlu wish dia ni. Biar aku jadi orang pertama wish dia ", keputusan aku dalam hati.
Jadi aku skrol-skrol kontek henpon cari nama Najib. Lepas jumpa aku message dia seikhlas hati.
"Di bulan mulia, di hari mulia, cer cube bagi bonus tahunan banyok-banyok sikit. Gua amat memerlukan kerna ada projek lain macam tahun ini. Happy Birthday Jib."
Tuesday, July 23
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 x 5 = ??:
wish die bukan die bace pun...
hahaha!
moga tercapai la hajat tu yeee
itu je lah yang terbit dibibir penjawat2 kerajaan bulan ni "bonus" bonus2x" haha
Oh, macam tu pun boleh ya..hehehe
ha ha ha bahagiala klu impian msg ko tcapai faiq.....
Mcm takde peruntukan bonus je tahun ni weyyy. Stress mak tau nok.
Hahaha
ke besday kau yg 18hb tu ? hahaha untong bangjib
hahahha wish Happy Birthday sekali untk Najib hihi
memang terbaik la.. hihi.. semoga dia membacanya.. :D
wish paling sempoi cikgu faiq :) good job. hahhaa
pergh..wish macam tu je.. hehe
Haha..
Agak2 apa ler abg jib balas yee
Ada pulak number fon beliau. Haha~
Post a Comment