Friday, July 26

Hantu Raya

Suasana pagi agak sejuk dan suam-suam. Memang sedap untuk terus tidur. Dengan mata sipi-sipi masih ngantuk aku tengok jam di tangan.

"Pukul 7.46 pagi"

Aku dah lewat!

"Budus punya alarm tak kejut aku bangun", maki aku kepada telefon yang betul-betul terletak sebelah telinga.

Aku tengok skrin telefon, alarm telah berbunyi pada waktu sebenarnya ia patut berbunyi. Aku tetap maki telefon, kerana bunyiannya tidak dapat mengejutkan aku.

Aku gegas tanggal pakaian dan capai tuala. Aku mandi gaya Usain Bolt, laju, tegap dan tetap memberikan kepuasan. Selesai mandi aku terus bersiap lalu jalan kaki pergi sekolah.

Aku terus masuk kelas tahun 4. Selepas sesi ucapan selamat pagi antara guru dan murid, aku memulakan bicara.

"Cikgu minta maaf sebab lambat masuk kelas kamu. Saya tertidur tadi"

Murid tampak faham dan menerima alasan cikgunya. Kemudian mereka bersedia untuk belajar Matematik dengan mengeluarkan buku teks. Tiba-tiba seorang murid angkat tangan ingin menanyakan soalan.

"Cikgu apa yang membuatkan cikgu tidur nyenyak tadi?"

Keh,keh, keh., aku senyum dan pandang semua murid-murid.

Dengan muka riak aku jawab,

"Cikgu mimpi hantu, syok tidur kalau mimpi hantu"

Murid kagum dengan kehebatan gurunya.


9 x 5 = ??:

Unknown said...

cikgu, cikgu terlupa solat subuh XD

Tetamu Istimewa said...

Nasib baik murid tak tanya macam mana nak kira waktu tidur dan bangun tidur ya. Kalau ditolak, dicampur, dibahagi, cikgu tidur berapa jam? Mati nak jawab tu.

Anonymous said...

hantu ke?

cantik tak hantu tu?

haha!

Mizz Aiza said...

murid:cun tak hantu tu cikgu?

Shazwani Ramly said...

cun sangat hantu tu sampai terlajak bangun. kahkah

ewanthology said...

sekarang, semua mahu mimpi hantu :-)

Chipsmore said...

cikgu... boleh tak jangan buat muka riak?.. :P

Aida Ismail said...

Nasib baik budak2 tak tanya, cikgu, cikgu solat Subuh tak pagi tadi? ;p

toughr said...

x0v70p9d97 x4w72d5z39 y4x14i8f20 o4l06l6m49 v1p86s9b56 n6p07v8o77