Monday, June 3

Maki kepada paip part 1

Hari Sabtu dan Ahad lepas aku pergi kenduri kahwin member-member. Ini semua geng-geng masa zaman belajar nak jadi cikgu dulu. Aku perhati, sejak-sejak gaji makin naik, ramai member-member menuju kearah pembentukkan keluarga. Aku membuat kesimpulan bahawa ini pertanda positif kearah kemajuan negara pada masa akan datang. Ini kerana kawan-kawan lelaki aku memilih untuk berkahwin dengan perempuan dan bukannya dengan kereta. Hal ini sekali gus mencepatkan proses negara untuk memperolehi baka-baka baru pewaris negara.


"weyh faiq..., kau bile nak kahwin ni? jangan lambat-lambat sangat." , terjehan keras kearah aku oleh jiran sebelah rumah yang berumur lebih dari pencen. Aku terkejut dengan suara yang tiba-tiba datang. Kerja aku sedang repair tayar motor tergendala. Jiran sebelah tadi terus menjemur kain sambil memerhatikan aku.

Aku pandang muka makcik jiran sebelah dengan senyuman. Jiran sebelah tadi senyum balas. Muka jiran tadi menunjukkan simtom mahukan jawapan dari aku.

Aku kekalkan diri dengan keadaan tenang. Lalu aku kemas-kemas spanar terus masuk rumah.

"Padia orang-orang tua ni, takdak soalan len", maki aku kepada paip semasa sedang cuci tangan kesan kotoran repair tayar.

7 x 5 = ??:

Shila said...

yang hang dok sensitip sangat ni pasai pa..?

hahahaha..

hana hadi said...

paip xbersalah. hehe

"tahun depan kawin la dia tu " hana menyampuk

iAmCekbolat said...

selalu orang yg senyap senyap ni tup tup dia kahwin . haaa hang tunggu aku ka faiq ? hahaha :D

Shazwani Ramly said...

cepat sikit kahwin. negara perlukan waris dari ckgu faiq. hahaha.

mocha caramel said...

kan dah kena..ingat aku je selalu kena hahaha tunggu apa lagi Faiq...cargas weh...

Anonymous said...

paip berkata 'ada aku kesah?'

haha!

Unknown said...

haha..sabar jela ye..time mcm nih mmg bnyak soklan gitu ko akan dpt..=P