Wednesday, September 12

Pengalaman mahu berbini 4

Nota Kaki : Post ini adalah backdated untuk 25 Januari 2012. Aku tak boleh post benda ni, sebab sekolah kurang terdedah dengan dunia tanpa wayar lagi.  So perasaan dulu dengan sekrang berbeza.

Tahun 2005..

 Dulu aku sekolah masa zaman-zaman kebangkitan Punk, Skinhead dan Grunge. Masa itu budak-budak sekolah menengah macam aku memang menggilakan muzik-muzik yang berunsurkan 3 elemen berikut. Waktu itu band-band di Malaysia yang membawa genre Irama Malysia dan Pop memang susah cari makan. Geng-geng jiwa muda lebih menggilakan muzik-muzik Malaysia yang dibawa oleh All Cop Are Bas**** (A.C.A.B), The Officials dan seangkatan dengannya.

 Selain muzik, kehidupan juga turut terjebak dengan rentak 3 elemen berikut. Ia termasuklah dari cara pemakaian, cara pemakanan, cara setting rambut,cara bertutur, hinggalah ke perkara-perkara yang kecil seperti cara menghisap rokok. Kehidupan ketika itu memang terikat kuat kepada 3 elemen barat tersebut.

Walau kehidupan aku masa tu tak kurang lebih macam remaja malap masa hadapan. Aku tetap tanam cita-cita nak kerja kerajaan. Otai-otai kerja kerajaan pernah berkata, "kalau kerja kerajaan senang, boleh apply loan sana-sana sini. Beli semua hutang".

 "Fuhhh, kelas gile kerja kerajaan", biacara hati aku

Jadi aku tanam cita-cita nak kerja kerajaan. Bagi aku  kerja kerajaan mesti nampak kemas. Rambut mesti belah tepi, pakai kemeja bertali leher di padankan pula dengan seluar slack hitam kain licin, tali pinggang kulit di pinggang.

"hensem habis" 


" Dengan kekemasan orang kerja kerajaan, aku tak syak lagi, gadis-gadis mesti mudah terpikat. Selain itu boleh ada kereta mahal-mahal dan rumah besar-besar. Yang paling penting boleh berbini 4". Aku sambung mengelamun sesorang.

Tahun 2012

Akhirnya aku kerja kerajaan.


Inilah cara aku nak pergi ke sekolah.

"Aku sedar inilah hukuman bagi orang-orang yang bercita-cita berbini 4

15 x 5 = ??:

Nor Zilla Sensei said...

takpe.dah ade pengalaman tu..senang utk pk mase akn dtg..hehehe

Anonymous said...

hahaha. lawak plak entry ni especially yg last. memang tak dinafikan semua org nk keje kerajaan sbb senang nk wat loan, umah besar, kereta besar.. wuuhuu.. klu boleh lisa pon nak keje kerajaan tapi susah :(

faiq said...

@ZIlla sensei : best, kat sini boleh pancing buaya..

cik belog : G merayu depan pejabat perdana menteri..nnt dpt la tu..mne taw boleh jd PA Najib ka..hehe

Everything's Everythings said...

Alahai kesiannya..
xpe la pengalaman tu, kita bermula dari bawah ^^

Esok2 boleh cerita kt anak2 murid pengalaman bekerja di sekolah pendalaman kan ;D

n.u.k.i.l.a.n said...

salam..thanks drop by kat blog saya..hehe.. actually, kalau ikutkanlah kan semua nak keje gov. kan..kan.. bukan ape..terjamin masa depan.. huhu.. kalau tye family mesti nak yg gov gak.. ehehe.. apa pun tahniah..akhirnya awak dah keje kerajaan.

Azee Hana said...

haha...kelakar habis la...tinggi cita2 tu..okay la tu..naik sampan,,dayung dayung sampan..hee

Sarah Mohd Saleh said...

xpe laaa tabah sket sblum jd kaya.nt wartwn dtg bole cite kesusahan bslum jd sng ;D

Yana Sakura said...

lol..cmtu pulakk..haha..eh,abg faiq..kalo nak berbini 4 kena la berkemampuan n adil..susa kot bini 4..heee~~

da folo cni :)

faiq said...

Everything2 : esok aku nk suruh murid aku g ngaja dlm2 mcm aku gak..hehe

Nur Hafizah : alah, keje kerajaan biase2 je pun... pangkt rendh je ni:)

Azee hana: weyh mai lawat tempat aku..boleh tengok buaya..hehe

faiq said...

Sarah: tulah, aku harap iklan astro, yg nk bwk maxis dtg kmpung, dtg ke skola aku la..

Yana : xde cite2 pun..sje wat hiperbola sikit..hehe

fifie said...

Cikgu math eh? Hukhuk. Padan muka mimpi lagi nak berbini empat. Haha

Arina Shamsul said...

Hihihi...

lel said...

mcm ni yg gadis2 suka kot. byk pengalaman. hahaha

yanmaneee said...

nike sneakers for women
supreme shirt
christian louboutin
supreme clothing
nike air force 1
kyrie 5 shoes
off white nike
yeezy
air jordan
supreme

boleau said...

my blog Ysl replica bags my sources high quality designer replica try this site dolabuy.su