Aku tengah busy tentang hal-hal masa depan. Masa makan aku masih sibuk dengan hal-hal masa depan. Masa main juga aku ganti dengan hal-hal masa depan, apatah lagi masa tulis blog, aku pun isi dengan hal-hal masa depan.
Aku harap dengan begini, masa depan aku cerah nak pakai kereta Nissan yang sporty.
Monday, January 17
Wednesday, January 12
Sweet Abes!
Tajuk : Fan Chan (My Girl)
Bahasa : Thai
Asal: Thailand
Tahun keluar: 2003
Sejak aku belaja statistik, aku taw buat kira-kira sikit. Ini hasil perkiraan aku:
Rating: 5/5
Kebarangkalian nak tengok 2kali : 100%
Aku boleh cakap filem ni sweet habis dan semestinya lagi sedap dari McDonald.
Labels:
filem
Saturday, January 8
Job sekarang
Sekarang kes Misbun bersara jadi topik utama kat kedai mamak. Tanpa misbun aku kira memang makin payah Lee Chong Wei nak ayam-ayamkan Lin Dan. Soni Dwi Kuncoro pun belum tentu boleh makan. Aku tekad nak ambik tempat Misbun.
Siapa-siapa ada no telefon Presiden BAM?
Kalau boleh biar Celcom.
Siapa-siapa ada no telefon Presiden BAM?
Kalau boleh biar Celcom.
Wednesday, January 5
Nasi Lemak
Pagi ni aku idam nasi lemak lain macam. Jenis idam macam ni dipanggil orthodox.
"kalau tak kasi badan nasi lemak memang aku malas pegi kelas", kata aku dalam hati masa layan mandi pagi.
Nasi lemak kalau tak kena dalam seminggu memang badan tak lancar sangat.Bagi aku siapa-siapa yang layan pagi dengan McDonald memang taste kuda. Aku dengar cerita David Beckham pun pagi-pagi kasi badan nasi lemak. Tak hadap dia dengan McDonald.
Lepas aku siap. Aku gerak kedai nasi lemak Kak Leha. Ini salah satu gerai yang aku percaya hasil buatan nasi lemaknya,memang rare. Rasa tak macam nasi lemak kat Paparich, hampeh.
"Assalamualaikum", aku sapa Kak Leha yang sibuk bungkus nasi lemak.
" Waalaikumsalam, ang nak nasi apa?",
"Kak, bagi nasi lemak ayam goreng", aku introduce.
"Ayam goreng takde", Leha balas cepat.
"Camtu nasi lemak telur goreng la", aku tuka order.
"Telur goreng pun takde", sambung Leha.
"Sotong goreng?", aku ......... "Takde", Leha
"Udang goreng?",...... "Takde"
***
"Semua takde abes apa yang ada?", aku mula panas.
"Ayam rebus, telur rebus, sotong rebus, udang rebus, kerang rebus!", Leha jawab.
Cilakak buat potong mood. Aku start motor, pergi cari siapa yang main-main sorok minyak ni. Tak patriotik langsung!.
Labels:
makanan
Tuesday, January 4
Mentaliti kelas bawah
Filem yang kotak pejabat!
Tajuk : MENTALITI KELAS BAWAH
Pelakon utama: Melayu-melayu dan Karam Singh Walia
Pelakon tambahan : Pekerja mamak dari India.
Sesuai ditonton oleh golongan : fikiran waras,tak mabuk,tak suka mencarut,tiada perkauman,tahu buat matematik,lulus dalam sejarah dan ingat tuhan.
Selamat menonton...
Tajuk : MENTALITI KELAS BAWAH
Pelakon utama: Melayu-melayu dan Karam Singh Walia
Pelakon tambahan : Pekerja mamak dari India.
Sesuai ditonton oleh golongan : fikiran waras,tak mabuk,tak suka mencarut,tiada perkauman,tahu buat matematik,lulus dalam sejarah dan ingat tuhan.
Selamat menonton...
Labels:
filem
Burung merpati
Utusan Malaysia semalam. Dipetik dari laman web MU palsu.
Aku jalan kekelas sambil makan donut alas perut pagi-pagi. Jam dah lewat 15 minit daripada waktu sebenar untuk kelas Matematik. Aku maintain tenang dan tidak gopah-gapah jalan kaki. Dari pengalaman-pengalaman lampau aku percaya kalau kita masuk kelas dengan kaki kanan sambil baca Bismillah itu yang terbaik.
Sampai depan pintu kuliah. Aku setting tie dan seluar kasi ngam. Kemudia aku jalan masuk kelas cari-cari kerusi kosong. Port aku tahun lepas kerusi hujung tepi tingkap. Masa masuk kelas aku tengok port lama masih kosong, "Mungin budak-budak reserve", agak aku dalam hati.
Aku duduk sambil cuba khyusuk cerita Matematik pensyarah. Tajuk dia Action research. Dia cerita pasal definisi action research ke ciri-ciri yang perlu ada ke kaedah nak lakukan ke tajuk-tajuk sesuai ke pelbagai lagi cabang dalam action research sampai aku mula hilang khyusuk.
Apabila aku hilang khyusuk dalam kelas, aku pandang luar tingkap. Aku tengok ada burung merpati atas bumbung bangunan sebelah. Fokus aku beralih dari action research ke burung merpati. Aku perhati gerak-geri burung merpati. Sekejap dia melompat, sekejap dia makan serpihan bumbung, sekejap dia pusing-pusing cari serpihan bumbung lain yang boleh dimakan. Aku aysik dekat burung merpati.
"Yang tepi tu apesal pandang luar!", tiba-tiba satu suara buat aku hilang fokus dari burung merpati.
Aku pandang depan, muka pensyarah tadi macam puas tak puas hati. Dia pandang aku tepat-tepat sambil ketuk-ketuk marker pen kat meja pensyarah.
"Siapa nama kamu!", pensyarah tadi sambung lagi.
Suasana kelas menjadi sunyi, semua fokus pelajar beralih kepada aku yang duduk hujung tepi tingkap..
Aku bangun slow-slow sambil muka tunduk pandang pensil tekan pilot atas meja.
"Errr.. nama saya Khairul Fahmi puan"
Labels:
berita,
bola sepak
Sunday, January 2
Kesatuan membawa pembangunan sejagat
Malam tadi aku join mesyuarat rukun tetangga kampung. Mesyuarat ni selalunya diadakan 2 kali setahun. 1 pada awal tahun dan satu lagi bila nak beraya.
"Jadi untuk 2010 yang lepas, ada masalah?", Wak Kordi selaku ketua segala orang dikampung mulakan dengan agenda berbangkit.
Tajol, Judin, Hamdan, Jais, Wak Din, Sarimah, Yanto, Bujal, Istamam, Faridah dan ramai lagi semua angkat tangan. Suasana jadi riuh-rendah apabila semua nak cakap masalah masing-masing.
"Ok sabar-sabar, satu persatu", Pakcik Kordi ajak bertenang...
" Tajol, apa masalah kamu?", Pakcik Kordi.
"Saya rasa kampung kita kena ada guard, banyak kes curi", Tajol..
"Jais, kamu pula?", Pakcik Kordi.
"Sekarang aedes banyak, kita kena kasi clear kampung", Jais
Semua angguk-angguk tanda setuju..
Labels:
kampung
Saturday, January 1
Penangan 2011
Aku bangun tidur. Bangun-bangun aku kemas tempat tidur kasi teratur. Kemudian pergi gosok gigi terus sarung baju seluar dan kasut sukan. Tanpa streching aku tarik nafas dalam-dalam kasi jogging pergi tasik Permaisuri dari rumah.
1 round aku pusing.
2 round aku pusing....
3 round aku......
4 round ..........
5...........
6.........
7.........
8.........
9.
Lepas 9 round aku cari tempat teduh kasi parking badan. Aku buat streching down. Mula dengan kaki kemudian lutut sampailah kepala. Dalam kiraan 8.
Masa-masa aku streching down, kalau ada pakcik or makcik yang tua sikit dari aku lalu sebelah, aku sapa "Assalamualaikum".. Kalau yang bukan seagama aku sapa "Good Morning".. Kalau makwe, aku "hai", kalau lelaki agak-agak sebaya, aku kasi muke ketat.
1 round aku pusing.
2 round aku pusing....
3 round aku......
4 round ..........
5...........
6.........
7.........
8.........
9.
Lepas 9 round aku cari tempat teduh kasi parking badan. Aku buat streching down. Mula dengan kaki kemudian lutut sampailah kepala. Dalam kiraan 8.
Masa-masa aku streching down, kalau ada pakcik or makcik yang tua sikit dari aku lalu sebelah, aku sapa "Assalamualaikum".. Kalau yang bukan seagama aku sapa "Good Morning".. Kalau makwe, aku "hai", kalau lelaki agak-agak sebaya, aku kasi muke ketat.
Subscribe to:
Posts (Atom)