Saturday, May 22

Anda mahu kaya?

Berita baik... Ingin menjana pendapatan berjuta-juta ringgit dalam sekelip mata?

Mari saya bantu.

Nama saya Arifin Mamat. Kini hidup saya senang lenang dan dikelilingi harta berjuta-juta. Saya tidak bohong. Ini semua atas hasil usaha saya. Sebelum saya bergelar jutawan, saya bekerja di sebuah kedai peralatan elektrik milik seorang tauke Cina. Pekerjaan saya amat meletihkan, setiap hari perlu menggangkat peralatan-peralatan yang berat seperti mesin basuh, peti ais, kipas angin dan bermacam lagi. Tetapi gaji yang diberikan tidak lumayan. Saya hendak membeli berus gigi sebulan sekali pun masih berfikir panjang.

Tidak lama kemudian, saya berkenalan dengan Bahar. Perkenalan saya bersama Bahar telah merubah kehidupan saya. Kekayaan saya datang sekelip mata. Dalam 2 minggu sahaja saya telah menjana pendapatan sebanyak RM 20000. Dalam masa setahun saya telah mempunyai Rumah Banglo bernilai 7juta, BMW 5 series, hartanah-hartanah disekitar bangsar dan 3 jet peribadi.

Anda mahu menjadi seperti saya?
Mahu mempunyai harta berjuta-juta?

Usah ragu usah kuatir anda juga boleh melakukannya. Sertai saya dalam judi bola. Konsepnya mudah. Anda hanya perlu meneeka. Anda perlu meneka kumpulan mana yang akan menang dalam sesatu perlawanan itu.

Lihat mudah bukan? Anda hanya perlu meneka. Jumlah wang kemengan dikira dengan jumlah yang dipertaruh didarab dengan pemberat bagi suatu kumpulan.

Sebagai contoh...

Chelsea(6) lwn Manchester United(7)

Pemberat bagi kumpulan Chelsea adalah 6 manakala bagi Manchester United adalah 7. Jika anda bertaruh atas kumpulan Chelsea sebanyak RM1000, kemudian ditakdirkan Chelsea menang. Maka wang kemengan yang anda perolehi adalah 1000 x 6 iaitu sebanyak RM 6000. Wah, RM 6000. Banyak tu... Anda hanya perlu menunggu selama 90 minit sahaja, dari wisel permulaan sehinggalah ke wisel penamat dibunyikan.

Anda sudah yakin?
Malam ini ada game besar.......Anda boleh kaya pada malam ini..
Bayern Munich atau Inter Milan pilihan anda?

Mari sertai saya di Judi Bola...

12 x 5 = ??:

Shahrul Tanaka said...

lu jangan ajar benda bukan2

piqaiqapiqa . said...

macam bodoh ouh , tah macam man boleh ada lesen judi tah. semua orang pun dah jadi gila

meo pak ckoi said...

Laknat org2 yang berjudi, tokey judi dan kerajaan yang bagi lesen judi.

semoga tuhan membalas kejahatan mereka.

qishie said...

cam haram bagi tips.haha

Jo said...

dah jadik tokey plak ko ni.

Frodo Baggins said...

wakakakakkakakaka ~~~
wa nak join!!! plzz
tgh sangap ni!


>>___<<

.ellnadj. said...

ajaran sesat nih...

Farihah Ahmad said...

hura-hara btolla skang.

Cik Akma said...

hishhhh, bola je kutt. *mesti ko rase cm nak lempang ahahaha~

Anonymous said...

oih faiq! itu haram.

Blithe Spirit said...

marilah jadi downline saya di 'korek hidung dapat rm100' nescaya anda akan terkejut dngan kebersananya.tak ada modal?tak ada masa?tak perlu risau dgn khdrm100 anda kini boleh kaya walau di mana2.saya sudah.anda bila lg?nak tahu lebih?pm inbox saya.mbahahahaha!cepat sebelum sampai bulan ramadhan ini kerana bisnes ini terpaksa diharamkan ketika sedang berpuasa

yanmaneee said...

golden goose
yeezy
hermes handbags
kyrie 6
michael kors outlet online
ultra boost
supreme
golden gooses sneakers
yeezy boost
timberland boots