Wednesday, April 14

cemerlangsuir

Perjalanan ke sekolah aku memang mencabar. Siapa-siapa yang kurang ilmu dalaman memang akan banyak mencarut semasa dalam perjalanan ke sekolah.

Cikgu yang cemerlangsuir macam aku, pas 5 minit loceng masuk kelas berbunyi baru sampai. Aku park kasut luar dari rak kasut. Aku langkah masuk pejabat dengan muka tenang, guru besar, penolong kanan, kerani-kerani dan cikgu-cikgu yang ada kat pejabat semua aku kasi senyuman terbaik. Aku ambik pen dari kocek baju dan tulis waktu kedatangan ke sekolah 20 minit lebih awal dari waktu sebenar loceng masuk kelas berbunyi.

Lepas urusan kedatangan selesai. Aku gerak pergi kantin. Oren ais, roti gardenia 2 bijik. Borak-borak dengan cikgu-cikgu, sambil telan oren dan roti memang cerita-cerita jadi lancar. 4-5 kali cikgu lain masuk dalam kantin.

Loceng berbunyi lagi.

"Oh,balik rupenye"
Aku packing barang-barang, terus gerak balik rumah.

Campak beg, campak baju, tidur keletihan.

11 x 5 = ??:

Anonymous said...

nanti kau dah jadi cikgu betul bagitau aku kat mana kau mengajar.
aku nak siapsiap hantar anak aku sekolah lain

balqissy said...

terrrrbaik!!

Y said...

cikgu betollah kau :D

.::WaNiE::. said...

hai cikgu

ada rotifree tak

I_Hate_Lolipop said...

terus aku rasa nak jadi cikgu...haha

Wanie-san said...

memang cemerlang habis r ko!!!
Kagum giler2 aku!!!

tangan said...

oh
cikgu ajar penjodoh bilangan roti BIJI
ok
baik cikgu

Cik Akma said...

time "oh balik rupenye"
dah mcm aku time skola rendahh
yeayy dah balik yeayy
*err okay mengarutt~

kambeng said...

lawa siot header kau

Noor Fatin said...

ko ngajar skolah mana nti? haha

rizputra7 said...

cikgu?..bagus2...