Nanti aku update melancong ke Siem Reap Kemboja
Sunday, January 26
Friday, January 24
Melancong ke Brunei
Sebelum cuti sekolah 2012, aku memang dah tekad dalam hati untuk sekurang-kurangnya melawat 2 negara sepanjang sebulan kerajaan bagi cuti. Negara Brunei tak termasuk dalam senarai destinasi untuk dilawat.
Aku termelawat Brunei sebab melalui negara ini semasa perjalanan dari Miri ke Kota Kinabalu Dari Sarawak ke Sabah melalui jalan darat akan melalui Brunei. Secara kasar perjalanan dari Miri ke Kota Kinabalu mengambil masa 8 jam dengan melalui banyak imegresen dan feri untuk merentasi sungai.
Semasa otw perjalanan pulang kami berlima singgah sebentar di Bandar Seri Begawan. Bagi aku Brunei bukanlah destenasi yang menarik sangat untuk dilawati. Tetapi tak salah untuk kita pergi. Atleast boleh cakap dah sampai Brunei. :)
Berikut merupakan tempat yang aku lawat:
1- Muzium Sultan Brunei
- Kepada sesiapa yang berminat untuk mengenali Sultan Brunei. Semua terdapat di Muzium ini. Yang penting muzium ni free.2- Kampung Air
- Ini tempat yang aku rasa menarik di Brunei. Kami naik Bot mengelilingi Kampung yang dibina di atas air. Kampung ini lengkap dengan sekolah, stesen minyak, balai polis dan bermacam-macam lagi. Kami berlima bayar 10 Brunei Dollar. Nak murah cari pemandu bot-bot kat jeti yang bukan official.
3- Masjid Omar 'Ali Saifuddien
- Bolehlah korang menunaikan solat. Sambil-sambil doakan aku kaya.
4- Istana
- Bergambar di depan pagar sahaja. Tak boleh masuk dalam.
So kalau korang nak pergi Brunei, bagi aku tak yah pergi lama. Pergi 3 hari dah cukup, sebab Brunei ni kecik, sekejap je dah abes pusing. Selamat ke Brunei.
Labels:
travel
Friday, January 17
Aku sekarang malas betul nak update kat blog. Mungkin kemahiran menulis semakin menurun..hehe..
BTW aku selalu update kat instagram.
Kita tukar-tukar cerita di Instagram k
id : foo_faiq
Subscribe to:
Posts (Atom)