Setiap guru di Malaysia diwajibkan untuk menyediakan RPH sebelum memulakan kelas. Orang-orang kementerian berpendapat RPH merupakan panduan kepada guru supaya tidak membuat pengajaran sesat. Selain itu RPH juga merupakan senjata kepada guru-guru apabila berlaku sesuatu kecemasan.
Kebiasaan bagi golongan guru-guru yang kacak dan berdidikasi, mereka akan menyiapkan RPH sehari sebelum kelas dijalankan. Paling-paling ayam RPH akan disiapkan beberapa minit sebelum kelas dimulakan.
Di sekolah pada Minggu ini.
Bos aku bagi arahan supaya guru-guru menghantar RPH. Aku mula huru-hara kerana RPH aku tidak lengkap. Agak-agak ada
chance kena denda berdiri tengah padang sekolah kalau RPH tidak siap.
Jadi aku tekad siapkan RPH sebelum kena denda. Malam semalam aku fokus duduk depan komputer taip RPH yang lepas-lepas. Aku taip RPH sampai pukul 1 pagi, tapi masih tidak siap-siap. Sendi aku mula longgar dan otak aku mula kecut. Jadi aku ambil keputusan untuk berehat. Orang-orang tua ada berkata,
"ingat rehat, ingat kopi".
Aku jalan pergi dapur terus bancuh kopi Kapal Api. Aku ceduk kopi lebih sikit masuk dalam cawan biar kaw-kaw. Dengan bertemankan kopi Kapal Api tadi, aku duduk depan TV. Aku tekan
remut kontrol ke berita sukan Astro 801.
"Barulah ramaja berwawasan layan berita", ujar aku dalam hati sambil tangan meletakkan
remut kontrol tv kembali.
Berita terus siar pasal kekalahan Manchester United pagi semalam.
"keh,keh,keh, ayam kalah". Sambil mata fokus tengok tv, aku angkat cawan kopi dekatkan ke mulut. Aku hirup kopi dalam-dalam.
"puuiiih...pahit gila!"
"nyanyuk apa, muda-muda sudah lupa letak gula..huh ", maki aku sorang-sorang
.
Aku bertenang. Sambil duduk, aku fikir-fikir.
"ini mungkin effect dari makan McDonald hari Sabtu lepas"
Glosari:
RPH :
Rancangan Pengajaran Harian