Tuesday, February 26

Adakah anda mempunyai caller ringtone?

 Hari Rabu ini aku ada kursus di PPD. Kursus itu mengenai tempahan buku teks untuk kegunaan pada 2014. Kursus itu bakal dijalankan di PPD. Standard perjalanan yang diberi dari sekolah untuk ke PPD adalah dua hari.

 Jadi hari Isnin lepas aku turun Miri. Aku naik kenderaan pacuan empat roda untuk ke Miri. Tambang dari sekolah ke Miri adalah RM 130. Pada hari Selasa pula aku pergi ke Marudi iaitu tempat terletaknya PPD Baram. Tambang Pacuan empat roda dari Miri ke Marudi adalah RM 40.

Aku sampai di Marudi pada pukul 4.30 petang. Sampai-sampai aku terus check-in hotel dan buat perkara-perkara wajib. Lepas selesai, aku ambil telefon bimbit yang aku simpan dalam beg. Aku kol member aku yang bersekolah di Marudi.

Tutt, tuttt.. tutt, ttuuutt..

"Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
"
(bunyi caller ringtone).

Lepas dengar satu rangkap, aku tekan button merah untuk matikan telefon. Lepas tekan, aku maki sorang-sorang.

"padia, lelaki letak lagu jiwang-jiwang. Tak lelaki betul la!"

Friday, February 22

Kerja masa hadapan

Di sekolah pendalaman selalunya memang tiada kantin. Jadi pada waktu rehat guru-guru akan balik rumah buat serapan sendiri. 

Tadi hari pada waktu rehat aku lepak dengan seorang Apin. Kami duduk bersama sambil masing-masing pegang secawan kopi.

"Apin, aku malas jadi guru sampai tua lah. Suatu hari nanti aku nak berhenti", kata aku memulakan perbicaraan.

Apin meletakkan cawannya di atas meja tanda terkejut. Dia terus mempertahankan profesion perguruan. Dia menerangkan kepada aku bahawa kerja guru ini kerja mulia dan kita patut pertahankannya sampai bila-bila.

"Ini juga jalan kita membantu anak bangsa kita", sambung Apin.

Aku hanya senyap, tanda terus pertahankan pendirianku. Apin memandang aku tajam-tajam. Kerana tidak berpuas hati, Apin menanyakan kepada ku.

"Kenapa kau nak berhenti ni?"

Aku pula meletakkan kopi di meja. Tanpa senyum dan wajah serius aku merungkaikan isi hati aku,

"Aku teringin nak jadi Perdana Menteri. Aku ingat pilihan raya akan datang, aku nak masuk calon"


Wednesday, February 20

Buat-buat pandai

Minggu ini oleh kerana kekurangan minyak, elektrik di sekolah beroperasi secara amalan berjimat-cermat. Masa elektrik di sekolah sekarang hanya 8 jam sehari.

Jadi petang semalam, oleh kerana tiada elektrik, ia memotong nafsu aku  main game bola Fifa13. Aku mula bosan lalu pergi dapur niat buat teh. Sampai dapur aku tengok paip di sinki aku bocor sejak tahun lepas. Kadang-kadang bawah sinki rumah tumbuh cendawan.

"lame gile bende ni bocor. Bosan-bosan ni baik aku repair", ujar aku dalam hati.

Aku masuk bilik lalu bersiap untuk repair paip. Dalam pukul 4 petang aku memulakan kerja. Aku mengenakan kaedah buat-buat pandai. Sebelum aku memulakan kerja-kerja, aku mematikan dahulu punca paip air utama yang mengalirkan dari rumah ke rumah. Kebiasaan dalam pukul 4 jarang orang guna air, jadi aku matikan paip tanpa bagitahu jiran-jiran.

Proses permulaan kerja adalah dengan mengergaji batang paip lama. Selepas itu aku tukar batang digergaji tadi dengan batang paip baru. Aku setting ketinggian batang paip baru tadi biar ngam-ngam dengan keselesaan kegunaan aku nantu. Di hujung batang paip baru, aku akan pasang kepala paip plastik yang baru. Jadi sebelum pasang, aku belek-belek dahulu kepala paip plastik yang baru itu. Tujuan aku belek-belek adalah mengkaji kaedah pemasangan kepala paip.

Sedang-sedang aku belek kepala paip plastik, aku terdengar bunyi jiran sebelah cakap sorang-sorang.

" Aduh, air takda... Sakit perut sangat ni. Potong stim btol la".

Hehe..aku senyum sorang-sorang terus sambung kerja laju-laju.


Sunday, February 17

Ini bukan penyeksaan haiwan


Semalam aku balik sekolah naik motor lagi. Sebab perjalanan jauh, aku bangun pagi-pagi pekena mandi dan sembahyang. Lepas selesai, aku pack barang style lelaki dan terus hidupkan enjin. Aku biar motor hidup kasi enjin panas.

Sambil motor masih hidup, aku layan kopi panas dan empat batang biskut rokok. "Sedap layan biskut rokok pagi-pagi", ujar aku kepada kawan yang sedang main facebook. Kawan aku fokus main facebook tanpa hirau biskut rokok.

Aku tengok jam di pergelangan tangan sudah pukul 7.30 pagi. Aku pun memulakan perjalanan. Aku bawak motor sedang-sedang laju. Faktor jalan yang hura-hara potong jiwa aku untuk memecut. Sepanjang perjalanan speedometer main sekitar 50 ke 70 km/j sahaja. Sambil bawak motor, aku makan gula-gula hack dan diselangi dengan menyanyi sorang-sorang. Semua lagu yang aku hafal aku nyanyi ulang-ulang.Termasuklah Negaraku dan lagu Negeri Selangor.

Jam pukul 2.00 petang. Jauh sudah perjalanan aku masuk dalam hutan. Badan aku mula terasa letih. Aku fikir pantas buat keputusan untuk rehat sebentar. Aku parking motor tepi jalan. Aku cabut beg lalu duduk betulkan urat-urat. Sambil rehat aku buka setin air 100plus.

Sambil-sambil layan air 100 plus, seekor anjing datang mendekati aku. Sebab takut dia main jilat-jilat kaki, aku baling batu kecil ke arah anjing agar tak datang dekat. Dari jauh aku tenung mata anjing dalam-dalam. Anjing tadi pun tenung mata aku dalam-dalam.

"mungkin lapar anjing ini", fikir aku dalam hati.

Jadi aku seluk poket, ambil sebiji gula-gula hack. Aku bukakan plastik dan bagi ke arah anjing itu. Anjing tadi jilat-jilat gula hack. Dia jilat gula-gula hack sekali dua.

 Lepas-lepas jilat, anjing tadi jelir lidah lama-lama.

"Tahan pedas le tu", fikir aku sorang-sorang

hehe.

Thursday, February 14

cuti

Sekolah aku, raya cina ini cuti untuk satu minggu. Oleh sebab demikian aku memang fokus untuk cuti seratus peratus dalam seminggu ini. Jadi hal-hal blog aku malas sentuh. Jumpa minggu depan kawan. Selamat bercuti. hehehe

Thursday, February 7

mengAnggur

Pada suatu petang di temani bunyi burung dan ayam kampung, aku duduk depan tangga rumah seorang diri. Sebelum duduk tadi sempat aku bancuh milo jadi peneman. Sambil hirup milo dan tenung hutan dalam-dalam, aku termenung jauh. Aku terbayang pasal anggur.

"lama juga tak makan buah anggur yang takde biji kat dalam tu..pehhh"

Tuesday, February 5

Sains Kehidupan



Masa dekat hujung-hujung waktu balik tadi, aku ada kelas dengan tahun 5 selama 3 masa. Aku ajar Sains tajuk Kemandirian Spesis Tumbuhan. Tajuk ini tentang cara-cara tumbuhan mencampakkan benihnya merata-rata supaya ia tidak pupus.

 Pada 30 minit pertama aku ajar teori-teori mengenai cara-cara biji benih dipencarkan. Sambil duduk depan budak-budak aku cerita pasal cara biji benih tumbuhan dipencarkan. Cara-caranya adalah dari air, angin, haiwan dan meletupkan diri. Satu-satu aku kupas dalam-dalam. Budak-budak tampak faham.

Selesai reka cerita kat budak-budak, perut aku berbunyi tanda lapar. Fokus mengajar aku mula hilang apabila perut lapar. Sambil-sambil perut berbunyi aku fikir tentang masalah lapar aku. Jadi aku ambil keputusan untuk makan. Aku pun ajak budak-budak balik rumah. Aku cakap kat diorang.

"Kamu semua lepas ini pergi rumah saya, saya mahu ajar kamu tentang ilmu sains kehidupan".

Budak-budak angguk tanda faham. 

 Sampai di rumah aku suruh budak-budak kupas cempedak lalu buat cempedak goreng. Mereka berebut-berebut mahu buat kerja memasak. Aku yakin dengan budak-budak, jadi aku hanya perhati dari jauh sambil layan air tin teh bunga.

Selesai memasak kami pun makan sama-sama. Sambil-sambil makan aku pun tanya budak-budak.

"Jadi bagaimanakah cara buah cempedak dipencarkan?"

Sambil mulut masih ada cempedak di dalam, budak-budak jawab serentak.

"oleh haiwan cikgu"

"Oyeah" jawab aku ringkas. Tanda gembira pelajar faham Sains kehidupan aku.