Sunday, September 30

Nokia Rm75


Petang semalam aku tekad nak kol Jabatan Kerja Raya. Aku bersiap pakai baju t-shirt berseluar pendek paras bawah lutut. Sebelum jalan keluar rumah aku ambik telefon bimbit Nokia RM 75.90 masuk dalam kocek belah kiri.

"woi, cepatlah", jerit Apin dari dalam perahu.

Aku lari lompat terus atas perahu. Perahu goyang ke kanan dan kiri tapi masih mantap membelah ombak. Perjalanan menyeberang tak lama mana. Kami sudah sampai.

"klik klok", bunyi Apin menekan alarm keretanya.

Apin memandu dengan fokus maksimum. Kami  keluar dari sekolah menuju ke tempat yang ada line telepon. Mengikut ura-ura orang kampung, perjalanan dalam masa 1 jam. Aku menghayati rokok dan lagu-lagu dari cd cetak rompak dalam perjalanan yang penuh berliku. Selang dua tiga minit aku tarik nafas panjang diselangi dengan ucapan Alhamdulillah tanda syukur melepasi jalan-jalan ####.

* * *

Sampai-sampai, aku terus keluarkan telepon Nokia RM 75.90 dari kocek dan dail nombor Jabatan Kerja Raya.

Aku dail-dail takda orang angkat.


"ceyt, takut lah tu", maki aku sendiri-sendiri

Wednesday, September 26

sibuk

Seorang kawan teks aku:

"Apehal dua tiga minggu kau susah nak nampak pekena teh?"


" Aku sibuk pikir masa  hal-hal masa depan", reply aku

Friday, September 14

Jiwa Berani


Masa aku sekolah rendah, menjadi askar  merupakan top cita-cita dalam hidup. Kalau ada guru tanya dalam kelas, apakah cita-cita kamu bila dah besar nanti, aku dengan muka tegas jawab "askar cikgu!".

Dalam Pendidikan Seni selalu cikgu suruh melukis mengenai cita-cita. Aku berkobar-kobar melukis tentang askar. Aku lukis abang-abang askar tengah berbaris bawa senapang. Setiap abang-abang askar tu aku lukis muka bengis menunjukkan jiwa berani mereka sebagai askar.

Petang-petang lepas balik sekolah agama, aku dengan geng-geng bermain perang-perang. Kalau ada jiran-jiran tengah bakar sampah, kami curi sebatang dua arang untuk conteng calit-calit dekat muka. Dengan batang kayu dipegang erat, aku berlari mengejar musuh sambil mulut menjerit "peng,peng,peng" ......Woi-woi, kau dah mati...

"Mana ada, aku tembak dulu...Kau la yang mati", jawab musuh aku

Sekarang dah besar, aku pikir-pikir banggang jugak aku masa  kecik.

Wednesday, September 12

Kurang kesyukuran


Sekarang budak-budak Tahun 6 sekolah aku sibuk layan  UPSR. Mengikut ramalan otai-otai keberangkalian lulus pada tahun ini adalah rendah berdasarkan prestasi mereka 6 tahun. Aku sebagai guru mereka tetap relak dan tidak terpengaruh dengan dakyah otai-otai.

"Sebagai guru berdedekasi kita perlulah percaya kepada pelajar kita", kata hati aku sambil melayan hembusan rokok terakhir.

Aku campak puntung rokok lalu berjalan terus menuju ke kelas.
Budak-budak lintang-pukang cari tempat duduk bukak buku sambil berteriak "cikgu datang...cikgu datang"...

* * *

Memandangkan esok Paper Sains, aku cuba tune budak-budak ini supaya tidak gagal. Beberapa ilmu aku perturunkan kepada mereka antaranya ilmu menghafal planet, ilmu mengenal haiwan, ilmu meniru, ilmu elak ditiru, ilmu menembak malah ilmu berinteraksi dengan alam ghaib. Selesai menurunkan ilmu-ilmu berikut, aku berasa puas dan yakin akan prestasi budak-budak aku esok.

1 jam kemudian......

Aku packing-packing barang bersiap untuk pulang. Budak-budak turut sertas berpacking.

"Saya harap kamu semua lulus lah esok", kata aku sebagai penutup kelas.

Budak : "Cikgu... Nak tanya boleh?"...

Aku    :  "Yer..apa?"...

Budak : "Cikgu, kalau kami semua lulus...cikgu nak bagi kami apa?"...
 

"Cikgu akan bagi kamu pisang, ia baik untuk kesihatan"...jawab aku konfiden sambil senyum kuat.

Budak-budak : Ceyt......


Pengalaman mahu berbini 4

Nota Kaki : Post ini adalah backdated untuk 25 Januari 2012. Aku tak boleh post benda ni, sebab sekolah kurang terdedah dengan dunia tanpa wayar lagi.  So perasaan dulu dengan sekrang berbeza.

Tahun 2005..

 Dulu aku sekolah masa zaman-zaman kebangkitan Punk, Skinhead dan Grunge. Masa itu budak-budak sekolah menengah macam aku memang menggilakan muzik-muzik yang berunsurkan 3 elemen berikut. Waktu itu band-band di Malaysia yang membawa genre Irama Malysia dan Pop memang susah cari makan. Geng-geng jiwa muda lebih menggilakan muzik-muzik Malaysia yang dibawa oleh All Cop Are Bas**** (A.C.A.B), The Officials dan seangkatan dengannya.

 Selain muzik, kehidupan juga turut terjebak dengan rentak 3 elemen berikut. Ia termasuklah dari cara pemakaian, cara pemakanan, cara setting rambut,cara bertutur, hinggalah ke perkara-perkara yang kecil seperti cara menghisap rokok. Kehidupan ketika itu memang terikat kuat kepada 3 elemen barat tersebut.

Walau kehidupan aku masa tu tak kurang lebih macam remaja malap masa hadapan. Aku tetap tanam cita-cita nak kerja kerajaan. Otai-otai kerja kerajaan pernah berkata, "kalau kerja kerajaan senang, boleh apply loan sana-sana sini. Beli semua hutang".

 "Fuhhh, kelas gile kerja kerajaan", biacara hati aku

Jadi aku tanam cita-cita nak kerja kerajaan. Bagi aku  kerja kerajaan mesti nampak kemas. Rambut mesti belah tepi, pakai kemeja bertali leher di padankan pula dengan seluar slack hitam kain licin, tali pinggang kulit di pinggang.

"hensem habis" 


" Dengan kekemasan orang kerja kerajaan, aku tak syak lagi, gadis-gadis mesti mudah terpikat. Selain itu boleh ada kereta mahal-mahal dan rumah besar-besar. Yang paling penting boleh berbini 4". Aku sambung mengelamun sesorang.

Tahun 2012

Akhirnya aku kerja kerajaan.


Inilah cara aku nak pergi ke sekolah.

"Aku sedar inilah hukuman bagi orang-orang yang bercita-cita berbini 4

Pagi yang indah

Aku bangun awal terus pergi mandi. Lepas bersih apa yang patut, aku beralih kepada menggosok baju. Kameja lengan panjang digosok rapi, jika dilihat dari mata kasar memang tiada kedut.

"cun", kata aku dalam hati..

Aku sarung baju kameja masukkan dalam seluar slack Padini  baru beli. Kemudian aku capai Brylcreem atas meja sapu atas rambut. Aku setting rambut belah tepi disisir oleh jari-jari tangan kiri. Selepas itu aku berdiri depan cermin yang melekat di dinding.

"hensem sangat ni"....

Aku capai beg galas Nike siam aku, meluru keluar rumah menuju ke sekolah. Perjalanan ke sekolah tidak begitu jauh kerana aku duduk di kuater guru. Sambil berjalan aku bakar rokok buat peneman perjalanan. Asap rokok aku sedut dalam-dalam.. Huh, nyaman.....

Aku rasa hari ini hari yang indah sekali, dengan cuaca angin bertiup sepoi-sepoi sambil membawa angin sejuk sekali sekala. Aku rasa begitu nikmat. Sambil berjalan dan rokok, fikiran aku berterbangan membanyangi gadis-gadis. Aku terus khayal melayan penangan asap rokok.

"Woi kau ingat ini sekolah kau punya ka?",
" sukahati isap rokok dalam sekolah", tiba-tiba aku terdengar suara orang menjerit tidak jauh dari belakang.

Aku terkejut lalu toleh ke belakang.

"damm........guru besar",