Wednesday, January 27

harapan yang tak mungkin

Jam kat tangan Pejol dah menunjukkan pukul 4.23 p.m. Waktu-waktu macam ni, aku dengan Pejol ada kat kelas lagi. Dalam kelas ada air cond 4 biji, semua tak berfungsi, kipas 3 ketul, murid 56 orang. Memang sauna!

Depan aku Toji, sibuk-sibuk buat mind map dengan mata kejap pandang depan, kejap pandang kertas kajang. Lecturer kat depan tekan-tekan laptop sambil menerangkan teori-teori orang belah barat. Sebelah Toji, Yunus, buat mind map jugak. Yunus pakai pensil, Toji pakai pen kaler-kaler. Tepi Yunus, Ramli, tengah tidur dengan tangan berlipat. Kepala dia terlangkup ngadap meja. Depan kepala Ramli ada buku berdiri atas meja.

Sorang-sorang, budak-budak aku tengok. Yang budak-budak jenis rambut belah tepi sambil pekena Baylcream sibuk-sibuk menyalin nota. Budak-budak yang berambut pacak-pacak dengan gel Elite, borak-borak sesama diorang. Jenis yang berambut serabai dengan tak de minyak kat rambut semua tidur, termasuk Ramli.

Kelas dari pagi sampai petang memang letih. Aku harap esok kelas lebih bersifat timbang rasa. Diharap sekadar belajar buat kapal terbang dari kertas dari awal datang hingga tamat kelas. Memang indah!

Tuesday, January 26

Ilmu pelita hidup

Gua harap budak-budak zaman sekarang jangan main cuba-cuba tanpa ada ilmu. Kena dalami ilmu itu serba sedikit barulah kita menambah dengan ujian praktikal. Aku harap kisah aku menjadi pelita hidup anda semua. Kerana solitape wayar elektrik, aku dah kena rembatan elektrik. Dekat 3 hari doktor suruh telan panadol dengan coca-coca untuk buang cas-cas elektrik TNB dalam badan.

Macam mana aku nak elokkan rambut aku yang tegak sentiasa sebab kena rembatan 3 hari lepas?

Thursday, January 21

Elektrik

Giler ape bil elektrik rumah aku bulan lepas adalah Ringgit Malaysia 318.75 sen. Baru duduk empat orang. semua lelaki. Rumah takde pun aircond, mesin basuh, peti ais dan pembakar roti. Mesin jahit lagilah. Yang cuma ada papan carom sebijik. Jadah ape sampai Ringgit Malaysia 318.75 sen.

Memang tak puas hati.
Aku dengar rumah sebelah bini uncle mamat membebel memanjang gara-gara bil elektrik rumah diorang bulan lepas sekitar RM1200. Semalam aku nampak Uncle Mamat keluar rumah beli sayur dengar satu kuali tercacak kat kepala. Badan tangan calar balar dan tompok-tompok lebam.

Rumah dia aku tak heran. Sebab Uncle Mamat memang 24 jam main Winning Eleven. No wonder lah bil elektrik sampai sibu dua. No wonder la jugak , bini dia juga mengamuk. Uncle Mamat lawan aku kalah jugak. Apa citer training lame-lame? Huh!

Dua-tiga hari ni kalo aku hilang, maknanya aku dengan budak-budak rumah aku tengah sibuk-sibuk cari wayar-wayar yang bocor la.

Solitape dah beli 6 gulung.
Harap-harap takde sape-sape masuk ICU kene rembatan elektrik.

Wednesday, January 20

gores dan menang

Aku dah lama tak tulis blog sebab sistem pendidikan kat tempat aku belaja dah berubah. Hidup aku terlampau sibuk. Semua ni gara-gara tiada lagi sistem bersifat demokratik. Pegawai-pegawai atasan kat tempat aku belaja semua dah join komunis. Ini semua kes nak cepat kaya join peraduan gores dan menang.

Aku dengar ceritalah, ada sekor mamat ni datang ke pejabat tempat aku belaja. Dia buat peraduan gores dan menang. Kata beliau, yang menang akan dapat sebuah rumah banglo 18 tingkat dengan lif ke setiap tingkat. Tempat kedua pula dapat kereta sport Proton Gallardo 10000 kuasa kuda. Apa dia kencing lagi tah, yang pasti hampir 100% lecturer kat tempat aku belaja join benda ni.

Sebab sifat keterujaan pegawai-pegawai atasan kat tempat aku belaja, diorang pun join la peraduan gores dan menang tanpa berfikir dengan rebus-rebus. Patut la hari tu aku pergi kantin, aku nampak si Maimunah (Pengarah), Zainab (Tim.Pengarah) dan lecturer-lecturer lain sibuk menggores something. Aku ingat diorang buang karat kat meja. Ada jugak sorang lecturer lelaki yang ada jambang pinjam aku duit syiling 2 kupang nak gores. Tapi aku bagi pinjam 5 sen jer..Takut-takut 20sen die tak pulang, koyak jugak aku..Elaun tak masuk lagi.

Last-last aku dapat tahu, sesiapa yang join pertandingan gores dan menang tu semua jadi komunis. Ini semua sebab diorang tak baca syarat-syarat peraturan kat belakang kad. Kat kad tu ade tulis, sesiapa saja yang gores akan jadi komunis.Tiada hadiah rumah banglo 18 tingkat, tiada kereta sport Proton Gallardo. Semua hadiah adalah menjadi komunis. Ada jugak 2-3 tukang kebun yang gores gak.

Dah join komunis, cara pemerintahan mereka memang macam spend*r. Jadah apa setiap hari kelas start pukul 7.30pagi dan tamat pukul 10.30malam. Aku dengar citer start minggu depan pada 7.30pagi dimulakan dengan menyanyikan lagu komunis dan penutup di pukul 10.30 juga dengan menyanyikan lagu komunis. Sekarang ni dah ada jugak 2-3 orang lecturer yang masuk kelas bawak AK-47.

Setiap hari kelas sampai 10.30, aku boleh tahan lagi. Tapi kalau dah Sabtu Ahad pun diorang balun, memang berhati tapak kasut diorang ni.

Jadah apa hari Sabtu dan Ahad kene datang kolej semata-mata suruh dengar ceramah kesihatan!

Tuesday, January 19

Cinta Balqis lagi

Aku dengar-dengar, ramai budak-budak tak puas hati dengan ending die. Aku tengok kat FB ada budak-budak baru abis sekolah bergadoh pasal ending citer Balqis. Kat radio, sesaje DJ radio discuss pasal ending cite Balqis nak tarik pendengar. Ramai jugak yang mencarut berbunyi treeettttt kat radio-radio. Aku salute kat pengarah Cinta Balqis sebab dapat buat budak-budak tak puas hati.

Nasib baik, aku tak tengok. Sebelum aku sarung kasut bola, ada jugak sorang budak perempuan ni ajak aku tengok episod last Cinta Balqis. Aku agak kalo aku tengok semalam, mesti aku dah telan budak tu buat makan malam semalam.

Saturday, January 16

Perasmian

Dengan ini secara rasminya, aku ada satu lagi blog.Sila lawat tanpa pakaian.

Weyh,I luv u all.
Tanpa korang mesti aku dah tak de mood nak menulis. Kalau aku ada tulis pasal-pasal yang menyakitkan hati korang, aku cakap padan muke awal-awal. Memang itu tujuan aku. Tapi aku harap raya tahun ni korang maafkan aku. Ok tak pakcik makcik?

Ini kemungkinan besar link ke blog baru aku.
sila klik untuk kesana: faiq

hadiah untuk pembacaku yang suka makanan manis.



kalau aku dah kaya sikit, kopiko aku akan ganti dengan pisang

Friday, January 15

Tips budak malas

Kalaulah aku belajar kat kolej yang tak kisah tentang etika berpakaian, memang setiap hari aku datang kelas pakai t-shirt ngan seluar bola. Pakai seluar slack seminggu sekali, kemeja tak payah beli. Kasut pun tak payah, pakai selipar Jepun yang biru putih pun cukup.

Tapi tempat aku belaja tak boleh. Kalau aku buat dah lama dah aku tak de kat kolej ni. Aku rasa tak sampai seminggu dari tarikh daftar masuk, aku dah kene daftar keluar. Tapi, kalau aku tak belajar kat sini, aku agak dah lama aku bukak kedai repair jeans sebijik. Sambil repair jeans layan lagu nirvana. Memang lepak abis.

Jadi aku pergi kelas kena pakai kemeja, pakai tie, pastu masukkan kemeja dalam seluar slack. Budak-budak lain pun sama. Ini pakaian asasnya la. Kadang-kadang aku tengok ada jugak budak-budak pakai vest kat luar. Aku agak lepas kelas mesti dia ade tournament snooker.

Aku pakai baju kemeja bundle,seluar slack bundle, kasut kulit bundle dengan tie bundle. Semua tak berjenama. Dah la bundle, tak berjenama pulak tu. Yang jenama feymes-feymes, macam Polo ke Adidas ke, budak-budak keje bundle dah curi awal-awal. Diorang curi masuk beg masa punch out nak balik. .

Setiap hari, pagi-pagi lepas mandi, aku bersiap nak pergi ke kelas. Mula-mula pakai baju kemeja. Tak yah bukak butang yang 8 tu, aku sarung macam t-shirt. Pastu sarung seluar slack macam normal. Tangan seluk-seluk dalam seluar untk masukan baju dalam seluar slack. Pastu aku tarik sikit seluar sampai atas pusat. Barulah nampak skema..Yeah.. Aku ikat guna tali pinggang kulit (tak asli).

Pas siap semua tu, aku cari cermin, setting rambut belah tepi. Aku taw memang tak trend buat rambut belah tepi. Budak-budak zaman sekarang suka rambut cacak-cacak. Tapi kalau akulah, alang-alang nak buat cacak-cacak, aku kaler merah sekali.

Korang kalau pakai baju cantik mana pun tapi kalau tak gosok tak kemas juga. Tak kisah la baju Polo ke Adidas sama jugak.

Ni aku nak kasi tips untuk budak-budak yang malas gosok baju.

Sebelum korang masuk tidur, ambil baju kemeja yang nak dipakai esok pastu lipatkannya. Lipat macam baju-baju kat pasaraya. Lipatan yang nampak 4 segi tu. Aku ada dengar kat Youtube minah Korea lipat macam tu 8 saat. Setakat ni masa terpantas aku 13 saat. Kejap lagi aku pecahla rekod minah korea tu.

Lepas kau lipat, kau selit bawah bantal. Kau baca la doa tidur yang panjang ke yang pendek ke dan tidur. Lu orang bangun esok pagi tinggal seluk jer tangan bawah bantal. Korang ambik jer kemeja tu mesti korang terkejut dengan hasilnya.

Aku dah 2 tahun buat kerja ni. Setakat ni tak de complain lagi dari budak-budak kelas. Ada sorang budak kelas cakap:

"Faiq, ko mesti gosok baju pakai seterika jenama Toshiba kan. Cantik semacam jer!".

Aku senyum sinis.


Aku harap, sebelum aku jadi macam ni, aku dah pandai gosok baju pakai seterika.

p/s: Tips ni hanya sesuai untuk orang-orang yang tidur lembut. Sapa-sapa yang tidur macam gangster memang haram jadah takkan jadi. Nanti lu orang bangun esok pagi, baju kemeja dah macam pengelap kaki kat dapur.

Thursday, January 14

Nur Kasih 2



Semalam aku dapat call dari Kabir Bahtiar. Kabir suruh aku datang Putrajaya dengan segera. Dia cakap ada urusan antara hidup dan mati. Aku tak pikir panjang, aku ingat Kabir kene pukul dengan samseng-samseng Putrajaya. Aku start moto c70 gerak gi Putrajaya.

Sampai-sampai Putrajaya, si Kabir ni senyum-senyum. Aku tengok keadaan sekeliling tenang saja. Samseng-samseng Putrajaya pun takde. Ade 2-3 ekor budak-budak fotografer tengah tangkap gamba Tiz Zaqyah. Aku dah rasa macam nak kasi penyepak kat Kabir.

Papehal, aku nak mintak maaf kat Fizz Fairuz, tahun depan aku pegang watak Aidil. Si Kabir cakap aku lagi sesuai. Aku taknak pun berlakon, Kabir yang paksa.

Tuesday, January 12

Mamak tu panggil suruh bayar, aku buat muke poyo

Tangan aku dah merah-merah layan gunting mounting board. Macam-macam bentuk kene gunting, bulat la, segi empat, segitiga dan lain-lain. Nasib baik tak kene gunting bentuk katak ke, arnab ke, menyumpah jugak aku nanti. Sambil gunting-gunting aku layan lagu Air Supply. Tenang jugak aku layan lagu Air Supply, kalo tak dah lama aku potong bentuk-bentuk tu dengan koyak-koyak jer.

Duduk belajar kat maktab memang biasa buat alat bantu mengajar (ABM). Macam-macam benda aku dah buat, kad warna warni la, bentuk-bentuk binatang la, buku dari sekecil kotak rokok sehingga sebesar-besar kotak mesin basuh pun aku dah buat.

Korang time sekolah penah tak dapat kad cinta dari budak perempuan yang hand made tu?

Alah, kan budak-budak perempuan suka buat kad cinta sendiri, tampal-tampal kertas warna-warni sikit, pastu lukis la bunga-bunga ada daun 2-3 ketul. Lebih kurang macam tu gak la kerja aku malam ni. Aku dah rasa bila aku buat benda-benda ni, aku dah jadi makin lembut. Oh, damm, aku nak angkat satu jari tengah pun dah macam serba salah sekarang.

Dah 2 jam fokus buat kerja macam pompuan, tenaga aku dah turn to zero! Mencabar jugak kerja pompuan ni, banyak jugak makan tenaga. Lebih kurang main bola jer. No wonderla pompuan tak suke main bola, diorang buat kad cinta selalu pun dah bole exercise cam main bola.

Aku campak gunting, tutup kipas, lampu pasang lagi lima, pastu gerak gi mamak berdekatan. Aku cari kerusi yang paling tepi-tepi sebab kene kipas yang ada air tu, peh nyaman. Aku ingat ada duit sikit aku nak pasang kat bilik. Aku order teh "o".

Sambil tunggu teh "o", aku belek-belek botol sos. Tutup botolnya dah kemek sikit ngan ada lebih sos-sos kat keliling penutup. Aku tengok tarikh luputnya, memang dah expired minggu lepas. Tapi aku tengok budak-budak yang melepak kat mamak ni relak jer layan sos cili. Siap aku ada tengok mamat sekor yang rambut dreadlock makan roti tisu cicah sos cili. Budak lelaki belakang dia lak, curi sos cili masuk dalam beg. Sedap kot sos cili expired seminggu. Tapi aku memang ada dengar, sos cili expired seminggu lagi sedap. Rasanya lagi sesuai dengan cita rasa lidah budak-budak belah Asia.

Teh "o" aku sampai. Sudu teh aku letak tepi. Aku kacau teh guna jari telunjuk. Dah sebati aku try hirup air.

"mak ai..pahit!"

Aku bangun dan terus belah!

Cashier mamak tu, jerit-jerit panggil.... Aku dengan muke poyo terus start moto balik rumah....

---------------------------------------------------------

Aku bukan tak nak bayar. Tapi aku memang tak puas hati. Mamak ni dah kedai ke 8 aku pergi dari semalam. Semuanya air tak sedap. Mintak teh o, rasa pahit, mintak nescafe lagi la pahit.. Mintak limau ais, rasa masam jer, air mangga pun sama.

Aku agak sejak-sejak gula naik, budak-budak yang bukak restoran ni buat air dah tak pakai gula kot!

Tulis sebelum tido

Dua tiga hari ni agak lewat aku bangun pagi. Mengelabah juga bersiap setiap hari. Sebab huru-hara jalan ke bilik mandi saja dah pecahkan 2 biji gelas. Tapi sape tah benggong letak rak cawan depan pintu tandas. Aku agak ada budak-budak rumah aku buat urine test kot pagi-pagi, huh!...Mandi, aku mudah, 30 saat dah boleh siap. Aku mandi guna air mineral, berkualiti sikit. Mandi sekejap pun takpe.

Pekena baju semalam, seluar semalam, stokin semalam dan kasut semalam aku gerak pergi kelas. Sampai kelas ngam-ngam pukul 8.10 pagi, lewat 10 minit. Lecturer aku tak banyak cakap, dia kasi pelempang sekali kat muke dah kire settle. Sambil salin nota tangan kire aku sapu-sapu pipi kanan buat hilang pedih kene lempang.

Semua ni berpunca dari jam loceng Rolex aku yang tak berfungsi dengan baik. Aku agak ade shot sikit sistem dia, sebab tu tak berbunyi. Kalo bunyi pun, macam mau tak mau je. Aku agak nak pimp-my-ride jap la jam loceng ni. Setakat teknologi jam Rolex, biasa-biasa ja, tak payah anta kedai aku boleh buat. Aku ambik garfu, pembaris besi ngan pisau potong bawang.

Aku guna hujung pisau bawang, buat bukak skru-skru jam. Lepas lapan-lapan skru dah terkeluar, aku bukak kaver plastik nak tengok sistem dalaman.

Peh! macam zoo!

Aku tengok dalam jam loceng ada 2 ekor lipas 1 ekor cicak. Telur cicak ade 3. Sawang-sawang banyak tapi labah-labah takde. Kenapa takde ayam ke, atleast aku boleh sembelih. Aku ambek garfu, aku garfu sekor-sekor binatang. Tersusun cantik tiga-tiga ekor binatang kat garfu stainless steel aku. Lipas kat bawah, pastu cicak kat tengah-tengah and last lipas. Aku campak garfu tu dalam tong sampah.

Dengan guna pisau bawang tadi, aku skru balik jam loceng aku. Aku test-test, tak bunyi jugak. Aku campak jam loceng tu dalam tong sampah tempat aku campak garfu tadi..

Aku message lecturer, suruh kejut aku sok... Gud nite.

Thursday, January 7

runsing



Sejak-sejak aku dah takde duit nak tengok wayang kat kedai-kedai wayang kat seluruh Malaysia, aku mula berbaik-baik dengan televisyen dirumah. Aku agak mediaprima ada letak nikotin sikit-sikit dalam siaran-siarannya. Oh, mungkin bukan nikotin tapi ecstasy. Setiap kali 6.30 petang aku rasa serba salah antara mahu duduk rumah tonton "Cinta Balqis" ke atau beraksi macam Pato di padang. 4-5 kali juga aku keluar masuk pintu rumah...

Tuesday, January 5

...........................

Aku baru ambik result pekse.

Aku rasa nak b***h diri dengan makan maggi yang dituskan guna stokin bola!

Monday, January 4

Hari pertama ke sekolah

Gedung gedang,gedung gedang. (bunyi pintu bilik aku diketuk)

Aku terbangun. Pintu bilik aku sikit lagi nak roboh, abah aku ketuk. Aku tengok skru engsel dah tercabut 2batang. Agak bonzer juga abah aku ketika berumur 36tahun. Tapi solex yang aku buat kunci pintu masih gagah menahan kebonzeran abah. Aku saja solex pintu nak tidur, xnk kasi puntianak dari Sumatera Utara masuk bilik. Orang cakap puntianak suka kacau budak-budak tido. Dalam mamai-mamai aku tengok jam kat jam loceng.

Pukul 7.15 pagi.
Ah! dah lewat.
Abah aku kat luar dah membebel macam perempuan.

"Tak guna punya jam loceng, tak berbunyi!", sambil aku campak jam loceng keluar tingkap

Aku ambil tuala terus gerak pergi mandi. Aku tengok kesan ketukan di pintu. Aku agak abah aku ketuk pintu guna tukul besi kuku kambing. Aku try goyang-goyang sikit pintu nak uji tahap ketahanan.

Kerak keruk, kerak kerak (bunyi pintu digoyangkan aku)

gedebush!!
Pintu bilik aku roboh terus. Aku buat bodoh, dan terus gerak pergi mandi. Hari ini merupakan secara rasminya bilik aku tak de pintu.

Pas mandi, aku terus siap-siap pakai baju kemeja putih dan berseluar biru gelap. Sambil aku masukkan butang baju, mama setting rambut aku belah tepi guna Tancho.

"woi cepat la, dah lewat ni!", abah aku yang sedang panaskan enjin vespa menjerit.

Aku pun cepat-cepat pakai kasut Pallas Jazz putih dan naik moto gerak pergi sekolah. Ayah aku pulas throttle sampai maximum. Vespa dikawal abah aku pantas membelah angin pagi. Aku duduk kat belakang dengan satu tangan pegang lubang tempat masuk tali pinggang kat seluar abah aku dan tangan yang satu lagi pegang roti sandwish sardin. Kat atas moto, aku makan sandwish untuk sarapan.

Sampai sekolah, ngam-ngam bunyi loceng. Abah aku tak macam abah-abah orang lain. Ayanh-ayanh orang lain tolong daftarkan untuk anak-anak diorang. Abah aku tak. Abah aku bagi RM50, suruh daftar sekolah sendiri. Abah aku tahu aku budak cerdik, mesti boleh setel sendiri bab-bab daftar ni. Pas bagi not 50 puluh, Abah aku dengan moto vespa gerak pergi kerja.

Aku check nama dekat pintu kelas. Nama aku ada kat kelas Kuning. Aku pun daftarkan diri. Cikgu perempuan merangkap guru kelas aku pelik, sebab aku daftar sorang-sorang.

"Mana ayah kamu?", tanya cikgu perempuan.
"Dia pergi keje", aku.
"Habis sapa teman kamu daftar?", cikgu perempuan.
"Sorang je la, takdela hal lah cikgu", aku.
"Oh...ok2..bgs kamu", cikgu perempuan.
"Yeah!", aku

Selepas saja aku bayar RM 36.80 yuran sekolah termasuk bayaran PIBG, aku secara sah menjadi pelajar sekolah buat kali pertama. Hari ini hari pertama aku di sekolah. Aku darjah 1.

Aku pilih tempat duduk paling belakang, sebelah dengan tingkap. Kat situ dah ada sorang budak gemuk duduk. Aku duduk sebelah die. Muke budak gemuk tu macam gangster. Kepala die pun botak. Aku agak kalo duduk sebelah die budak-budak darjah 2,3,4,5 dan 6 mesti tak berani buli kitorang.

Sesi persekolahan hari pertama pun bermula. Pelajaran bermula macam biasa, dengan sesi perkenalan dengan setiap guru yang masuk.

Pukul 11.34 pagi.
Sekarang ni kitorang baru lepas sejam dari rehat.

Tibe-tibe, aku bau semacam yang memang tak wangi. Bau tu berebut-rebut nak masuk hidung aku. Aku kepit hidung guna jari untuk halang bau tu masuk. Tapi bau tu tetap masuk ke dalam hidung aku. Baunya pedih. Baunya dah macam loji kumbahan najis kat taman sebelah rumah aku. Busuk!

Jadi.. aku mula teringat akan mitos-mitos yang diceritakan oleh rakan-rakan aku yang dah darjah 5 dan 6.

"Mitos budak darjah 1 bernyahtinjaan di dalam seluar kerana takut menanya cikgu dimanakah tandas".

Aku dah tak syak lagi, mesti budak gemuk sebelah aku ni bernyahtinjaan di dalam seluar. Aku yakin mitos tadi adalah benar.

Jadi aku berdiri dan terus bagi penyepak seribu petala langit ke arah budak gemuk tu.

Gedush...........................................

Budak gemuk tu jatuh tersungkur ke lantai.
Semua budak-budak darjah 1 dalam kelas kuning tergamam.

Suasana menjadi sunyi sepi.

Cikgu yang ada dalam kelas ketika itu menjerit membelah kesunyian.

cikgu: "woi, apa kamu buat!"
aku: .......................... (senyap sahaja)
cikgu: "kenapa kamu sepak die?"
aku: cikgu, dia bernyahtinjaan didalam seluar.

Cikgu tu pun menjalankan penyiasatan. Budak gemuk tu ketika ini tengah mamai-mamai. Cikgu tu buka zip seluar budak gemuk. Dengan tarik seluar budak gemuk ke atas sikit, cikgu tu tengok bahagian belakang budak gemuk.

Cikgu: Clean n clear!

Aku menjadi tak puas hati dan tengok juga.

Aku: Ya, clean n clear!

Aku mengaku bersalah dan memohon maaf kat budak gemuk tu. Dengan muka takut-takut budak gemuk tu maafkan aku. Atleast sejak peristiwa tu, aku tahu yang sebenarnya aku lagi gengster dari budak gemuk sebelah aku.

Tapi aku tetap tak puas hati sampai la aku dah berumur 22 tahun.
Aku nak cari gak:

"Siapa budak darjah 1 kuning yang bernyahtinjaan didalam seluar masa pada hari pertama sekolah?"