Friday, February 19

Commandos



Dari pagi tadi sampai malam aku ganja main game "Commandos". Keyboard aku button "R" ngan "A" dah macam nak taknak dah berfunction. Aku agak button-button ni dah panas la tak rehat-rehat.

Dulu time aku duk sekolah rendah Batu 9 lagi aku dah main game ni. Time tu balik-balik sekolah dengan setokin tak tanggal lagi, terus bukak komputer main. Gula-gula getah seposen yang atas hitam bawah putih tu, aku buat-buat alas mulut. Game ni memang dah lama, tapi legend la bagi aku. Ibarat pepatah Melayu berkata-kata "masakkan ubi sedap kalau tak dirasa".

Kalau korang rasa otak-otak korang genius, terai la main game ni. Aku dengar citer dari Apai, ada budak kat Trinidad and Togo bunuh diri sebab seteres main game ni. Lu orang terai tengok, seteres tak seteres.

Ni dah pukul 5 pagi. Aku risau jugak ni tak tidur-tidur lagi. Takut bangun-bangun esok, time-time Pak imam semayang jumaat dah balik rumah pekena ayam bakar makan tengah hari dengan bini no 3.

11 comments:

  1. game ini memang best.. tapi bukan key bord panas.. jari yang panass

    ReplyDelete
  2. seteres tu ape dol?
    hahaha

    ReplyDelete
  3. bak datang laa installer.
    meh sini gua nak terai sepam dua sape hebat!

    ReplyDelete
  4. ahahaha
    apa jadah budak tobago tu bunuh diri?
    dah stress gi la main game lain
    tetris ke bomber man ke sonic ke
    baru best
    haha

    ReplyDelete
  5. mana ko tau minggu ni turn pak imam tu makan tghari kat rumah bini no 3 dia??? jawab jawabbb hahahah

    ReplyDelete
  6. nanti la sya terai..
    sekarang esemen xsiap2 lagik..mana xseteres

    ReplyDelete
  7. aku lak dari kecik smpai besar layan dam aji je

    ReplyDelete
  8. kalau ko lame xupdate blog ak paham la...

    ak sedekah kan al-fatihah awl2..huhu

    ReplyDelete