Monday, December 31

Sikap tolong-menolong




Sebab aku duduk jauh kat pendalaman aku ada beli sebuah motor. Semalam, aku tunggang motor pergi rumah kawan di Miri. Singgah rumah kawan aku tidak bawa karipap macam trend makcik-makcik sebagai buah tangan tetapi aku bawa satu set body stickers untuk motor. Lagipun sebagai remaja aku rasa amalan bawa karipap-karipap masih belum sampai masa. Hehe.

Jadi, aku bawa sticker suruh kawan tolong pasang kat motor. Kawan-kawan setuju dan kami pun memulakan kerja. Kerja-kerja pasang sticker ini agak rumit dan memerlukan fokus tinggi. Selang seminit dua, aku dengar kawan aku maki keluar binatang semasa tangan dia ralit ejas sticker.

"hehehe", aku senyum dengar kawan mencarut sendiri-sendiri.

Kerja pasang sticker siap hampir 2 jam. Setelah berpuas hati dengan susun atur sticker di motor, aku mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan. Tanda penghargaan ikhlas aku.

"Ai,takkan terima kasih je... Belanja KFC la sekarang", balas kawan dengan segera.

Aku senyap seketika....

* * *

Selang beberapa ketika, aku balas.

" Kemanakah hilangnya sikap tolong-menolong secara ikhlas di dalam masyarakat Melayu kita sekarang?"

Seorang kawan ambil spanar, seorang lagi ambil helmet. 

17 comments:

  1. Susah dah nak jumpa yang ikhlas ni. Ikhlas tapi jauh.

    ReplyDelete
  2. sengal je kau ni. ko yg mintak tolong, bukan dia yg ofer diri nak tolong.

    elaun P3 kau bnyk kan, bank-in sikit kat aku. tolong-menolong kan amalan mulia..hehe :p

    ReplyDelete
  3. pasang sticker pun kena teliti ek? kalau FD letak je mana nak :D

    ReplyDelete
  4. laa igt senang je pasang sticker... keh3

    ReplyDelete
  5. beb..
    org berbudi, kita berbahasa.

    bahasa ko ada skit kurennggg la! haha!

    ReplyDelete
  6. kanggg kau yg distickerkan dekat moto tu . haha

    ReplyDelete
  7. HAHAHAH Na pun selalu ckp yerima kasih je???
    tapi jauh sudut hati Na..Na ikhlas taw mcmne?
    hihihi

    ReplyDelete
  8. itu lawak ke betol2.. hehe macam lawak. habis tu jadi ke x belanja?

    ReplyDelete
  9. hahaha, kompem kawan ko terdiam bro. memang muka merah tutup bantal. hehe

    ReplyDelete
  10. mizah: tu la pasai zmn skrg ni

    lyaa: hehe..ckup la terima kasih

    asiya: hehe..elaun p3 sikit je..mne ad bnyk

    Dianna: sticker ni ssh, sbb die utk sebiji motor

    Razfira: susah2..hehe

    Milly: hehe..nasib la

    Ri: hehe...tgh improve budi bahasa la ni

    cekbolat: haha...abes aku kne blsh

    Jna: tu la psl..terime kasih udahla..yg pntg ikhlas..hehe

    malay male: hehe..rokok kt srwk murah..sekaton br rm16..

    hnahdy: hehe..terpkse blnja jugakla

    raziq: hehehe...diorg paksa belnja adalh

    ReplyDelete
  11. belanja amek hati lah sket kawan2. bererti kita hargai pertolongan mereka hehe :D esok2 boleh suruh mereka buat bnda alah lain pulak haha

    ReplyDelete
  12. replica bags toronto try here b7b66i0y94 replica bags in gaffar market replica bags in pakistan go to this web-site e6x04h8l54 replica bags review over here q0b58t4u78 louis vuitton fake replica bags

    ReplyDelete