Friday, December 7

Rukun Tetangga

Aku keluar rumah untuk sidai pakaian. "Payah betul tidak ada adik beradik perempuan, kerja sidai pakaian pun lelaki kena buat", rungut dalam hati selepas mak aku suruh.

Aku bawa satu baldi kecil dan satu raga pergi sidai pakaian luar rumah. Sambil sidai aku nampak Ketua Taman yang rumah berhadapan dengan rumah aku sedang sibuk cabut rumput. Jadi selepas aku habis sidai pakaian aku tegur Ketua Taman yang umur dipertengahan usia itu.

"Pakcik, tengah cabut rumput ke??", jerit aku dari rumah aku ke rumah Ketua Taman.

"Eh taklah, saya tengah basuh kereta ini,", balas ketua Taman Lembut

17 comments:

  1. pak cik faiq tolong jgn menyirap ;)

    ReplyDelete
  2. kalau dah tahu tengah cabut rumput ditanya jugak . menyirap diri sendiri . kahkah

    ReplyDelete
  3. haha..nasib pak cik tu tak ajak join

    ReplyDelete
  4. haha..terbaik lah pkcik tu wey! kim salam kt beliau :D

    ReplyDelete
  5. I understand.

    Kita suka tanya soalan yang 'lebih'.
    Orang tgh makan, kita mesti tanya:"Kamu tengah makan?"

    Sgt biasa kan. haha

    http://inijojomerah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. xde adik beradik pompuan?? wahhh. boleh aku isi borang tuk jd adik ipar?? hahahha

    ReplyDelete
  8. Tabik dengan jawapan pakcik tu. Padan muka kau, hahhaa

    ReplyDelete
  9. Oh. Kalau aku, aku yg bt orang camtu. Ahaha.

    ReplyDelete
  10. Hahaha! Kan dah kena. Boleh tahan gak jawapan Pakcik Ketua Taman tu :P

    ReplyDelete
  11. tahniah, jiwa anda telah di robek pak cik tersebut! hahaha! :D

    ReplyDelete