Wednesday, January 27

harapan yang tak mungkin

Jam kat tangan Pejol dah menunjukkan pukul 4.23 p.m. Waktu-waktu macam ni, aku dengan Pejol ada kat kelas lagi. Dalam kelas ada air cond 4 biji, semua tak berfungsi, kipas 3 ketul, murid 56 orang. Memang sauna!

Depan aku Toji, sibuk-sibuk buat mind map dengan mata kejap pandang depan, kejap pandang kertas kajang. Lecturer kat depan tekan-tekan laptop sambil menerangkan teori-teori orang belah barat. Sebelah Toji, Yunus, buat mind map jugak. Yunus pakai pensil, Toji pakai pen kaler-kaler. Tepi Yunus, Ramli, tengah tidur dengan tangan berlipat. Kepala dia terlangkup ngadap meja. Depan kepala Ramli ada buku berdiri atas meja.

Sorang-sorang, budak-budak aku tengok. Yang budak-budak jenis rambut belah tepi sambil pekena Baylcream sibuk-sibuk menyalin nota. Budak-budak yang berambut pacak-pacak dengan gel Elite, borak-borak sesama diorang. Jenis yang berambut serabai dengan tak de minyak kat rambut semua tidur, termasuk Ramli.

Kelas dari pagi sampai petang memang letih. Aku harap esok kelas lebih bersifat timbang rasa. Diharap sekadar belajar buat kapal terbang dari kertas dari awal datang hingga tamat kelas. Memang indah!

13 comments:

  1. byk cantek ko.
    malaysia pny pembelajaran cm rejim israel ko tau.

    ReplyDelete
  2. baru siket~
    hahaa.
    weh, aku tuka url

    ReplyDelete
  3. haha..gile pemalas..nk belajar buat kapat terbang gune kertas je??klo belajar buat kapal terbang betol2 barula aku kagum..

    ReplyDelete
  4. w0i..w0i..ni apasal nak pakai nama ramli ni...

    ReplyDelete
  5. canteklah pemandangan naek kapal terbang.

    ReplyDelete
  6. ko ni mmg pemls!!!
    dlm kels msti duk berangan..cis!

    ReplyDelete
  7. Salam dari kami http:// firestartingautomobil.blogspot.com

    Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan

    Terima kasih
    Kerana kembara ziarah maya
    Membuka ruang, menyingkap dalam
    Hingga tersentuh nurani, tercuit imaginasi
    Tiada bandingan

    mewarnakan hari-hariku
    Mewajarkan masa berlalu
    Kau tak henti mencetus keinginan
    Merangsang pengembaraan
    Kau meruntun, menyayat
    Memukau
    Dan mengasyikkan

    Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara
    Sebuah persahabatan....

    salam kenalan sebagai talian sahabat baru....

    ReplyDelete
  8. tak nak mcm novel pulak ayat kan...

    ReplyDelete