Tuesday, April 23

Variety of Foods

Tadi sebelum rehat pukul 10 aku masuk kelas Tahun 3. Aku ajar mereka English. Ilmu yang aku ketengahkan adalah mengenai "Variety of Foods". Mula-mula kelas aku berborak dengan mereka pasal makanan. Kami berborak pasal karipap. Selepas selesai borak pasal karipap kami berborak pula pasal pisang goreng. Selepas selesai borak, aku mula masuk ke dalam tajuk yang aku ingin ajar hari ini. "Variety of Foods".

Aku ambil nafas panjang untuk mula fokus. Setelah fokus aku pilih-pilih kapur dalam bekas. Aku pilih kapur yang telah patah dua. Dengan kapur yang patah dua, aku tulis dekat papan hitam nama-nama pelbagai jenis makanan dalam bahasa Inggeris. Aku tulis 12 nama-nama makanan. Setelah selesai, aku suruh mereka salin dalam buku. Sedang-sedang mereka senyap menyalin aku melukis beberapa jenis makanan itu di papan hitam.

"cantik giler aku lukis", puji aku sendiri dalam hati.

Pelajar semua nampak teruja dengan lukisan aku. Setelah pelajar selesai menyalin, aku mengajar mereka cara menyebut setiap nama-nama makanan tersebut. Aku mula menyebut dan pelajar ikut baca. Kemudian aku terangkan setiap makanan tersebut dalam bahasa Melayu. Penerangan selesai.

Sedang jam menghampiri hujung-hujung waktu, aku menyuruh mereka menghafal semua nama-nama makanan tersebut.

"siapa yang tidak hafal tidak boleh rehat!", aku sambung.

Pelajar mula duduk tidak tenteram. Nafsu makan mereka mungkin terpotong. Kerana susah hendak menghafal, mereka meluahkan perasaan.

"Aduh banyak sangat cikgu, susah nak hafal ini"

Aku tenang dan senyum kepada pelajar. Lalu aku memberikan kata-kata motivasi kepada mereka.

"Eleh baru 12 pun susah. Dulu masa cikgu belajar, cikgu kena hafal 30 nama-nama makanan. Selumber 5 minit saja cikgu hafal", jawab aku tenang.

Pelajar teruja dengan kehebatan cikgunya.
Hehehe.


6 x 5 = ??:

Raz said...

bestlah belajar pasal makan.... hehehe..senang je nak hafal. hahha

Shazwani Ramly said...

hahaha cikgu mmg hebat sgt sampai 30 nama blh hafal. hebat ckgu hebat :P

ewanthology said...

cikgu kelentong...kihkihkih

Miss Zahirah said...

x baik tipu bdak kecik.. hahaah

Ain Norainsyah said...

Ha'ah kan..cikgu sekolah aku dulu pun asyik cakap mende sama..aku percaya je.tapi bila aku mengajar tuisyen, baru aku faham yang aku banyak gak kena kelentong masa zaman sekolah dulu.huhu

Unknown said...

menipu ea?? x baik betul cikgu nih..haishh..=D