Tuesday, October 30

Budaya Melayu

Malam tadi sekolah aku bergelap awal. Jadi aku pergi katil lebih awal dari waktu-waktu biasa. Sebelum sampai atas tilam, aku masuk tandas dulu. Aku bukak paip lalu basuh kaki 3 kali.

Orang-orang lama cakap, kalau kita basuh kaki sebelum tidur, kita akan mimpi basah-basah saja, yang mimpi buruk tak datang. Aku cuba amalkan perkara ini setiap malam.

kareer

Terasa diri lebih dedikasi sebagai guru apabila pekena banner blog baru

Monday, October 29

Romantik

Elektrik sekolah buat hal. Minggu ini bermula elektrik 12 jam sehari. Jadi sebelum elektrik nak padam sekejap lagi, aku pergi dapur cari maggi. Aku periksa setiap bungkusan maggi yang aku ada. Dari pelbagai jenis perisa, aku pilih tomyam.

Aku koyak bungkusan maggi guna gigi belah depan. Lepas terkoyak aku puhkan cebisan koyakan tadi ke dalam tong sampah.  Aku masak maggi guna resepi 2 minit yang tertulis dekat belakang bungkusan.

Maggi dah siap.

Aku nak tunggu lampu terpadam.

"Romantik giler makan maggi dalam gelap-gelap".

Chelsea vs Manchester United

Lepas game saja, aku terus jenguk bawah katil cari buku Yellow Pages. Habuk buku aku tepis-tepis. Agak-agak dah bersih aku bukak buku lalu cari nama Mark Clattenburg, referee yang jaga perlawanan tadi. Aku memang panas dengan dia. Ingat nak kol dia maki sepatah dua.

Pada halaman 103 bahagian bawah-bawah, ada nama dan nombor telefon Mark Clattenburg. Aku ambik henpon terus dail nombor Mark Clattenburg.

tutt, tutt.....
tutt, tutt..... bunyi line telepon

"Hello, who there?", angkat Mark Clattenburg di hujung talian

"Ni aku nak cakap kat kau sikit, dengar betul-betul. Apesal tadi kau jadi referee buta tuli, keputusan semua keputusan lembu. Mana ang letak mata ang,  tak boleh bezakah mana betul mana tidak.  Ang makan rasuah ka? ang ni memang tak boleh pakaila..ang jangan main-main dengan aku", maki aku puas-puas kat Mark Clattenburg


"Sorry..I dont understand what u said", jawab Mark ringkas sambil memutuskan talian.

Wednesday, October 24

Penangan

Sekarang aku baru lepas tengok berita pukul 8. Lepas abis berita aku tutup tv jalan pergi dapur. Aku koyak kopi power root 3 in 1 tuang dalam cawan. Lepas itu, aku capai tin milo, tambah sikit milo dalam serbuk kopi tadi. Aku bancuh kopi dan milo sampai sebati. Aku bawa kopi yang dibancuh duduk depan tv yang masih tertutup.

Aku angkat cawan perlahan-lahan menuju ke mulut, lalu aku hirup dalam-dalam aroma kopi.

"peeehhhh...nikmat"

Fikiran terbang, hasil khayalan penangan kopi.

Tuesday, October 23

Niat kental

Untuk pengetahuan umum, seorang cikgu pangkat rendah macam aku mempunyai 7 hari cuti rehat khas yang diperuntukkan dalam setahun. Maka dah hujung tahun, aku ingat nak perhabiskan saja cuti yang ada.

* * *

Sekarang aku tengah mengajar Sains tahun 4. Aku mengajar kurang fokus. Fikiran, jiwa dan jasad aku tak berjalan dengan sempurna. Dalam kelas aku terbayang-bayang macam-macam pasal semenanjung. Sambil tulis latihan Sains bertajuk planet dipapan hitam aku terfikir,

"Kalau aku mintak cuti balik raya haji ni ngam jugak. Boleh pekena sup tulang."

Jadi sambil aku sambung menulis latihan pasal planet, aku tekadkan jiwa nak minta cuti balik raya haji.

"Guru besar bagi atau tak, aku mesti paksa dia untuk bagi...Ah lantaklah!", tekad aku dalam hati dengan kental sambil tangan masih menulis pasal latihan planet.

Lepas kelas Sains Tahun 4 adalah waktu rehat. Aku keluar kelas terus jalan laju menuju bilik guru besar. Luar bilik guru besar ada kerani tengah menyusun fail, aku senyum kepada dia, dia senyum balik. Aku meneruskan niat kental dengan berjalan ke depan bilik guru besar.

"Tuk, tuk, tuk", aku ketuk bilik guru besar 3 kali.

"Masuk!",bunyi kuat suara garau dari dalam bilik.

Aku  pelahan-pelahan jalan lalu duduk depan guru besar.

"Kamu mahu apa, saya tengah sibuk sekarang ni!", guru besar aku memulakan bicara dengan suara garau yang keras.

Jantung aku terus berdegup kencang, jari-jari semacam menggigil lalu aku seluk dalam kocek.

"Takde apa cikgu, saya cuma nak tanya cikgu dah makan ke belum, sekarang kan dah rehat", tanya aku kepada guru besar sekali gus membatalkan niat kental tadi.

Wednesday, October 17

Pembangunan sukan lompat tinggi (Part 2)

Ilmu lompat tinggi dari buku didalam perpustakaan habis aku menelaah. Aku baca dari ruangan kulit buku depan hingga kulit buku belakang. Selesai menelaah, aku berkeyakinan tinggi untuk ajar budak-budak sekolah dalam sukan lompat tinggi.

Petang itu aku mengenakan baju kain jersi jenama Adidas siam berserta seluar track dan berkasut. Wisel merah tergantung kemas di leher. Aku berjalan laju menuju ke padang. Dari jauh aku nampak budak-budak sudah menunggu aku.

"Ok semua duduk, ", teriak aku dari jauh sambil berjalan menghampiri mereka.

 Aku berdiri berhadapan budak-budak yang terpilih. Sebelum memulakan latihan aku briefing budak-budak mengenai lompat tinggi. Hal ini bertujuan agar budak-budak ini tahu serba sedikit asas sukan lompat tinggi. Bagi aku, ilmu adalah penting dalam sukan.Tanpa ilmu, maka gelaplah masa hadapan sukan kita.
 
Dalam sesi briefing, aku menekankan  adat-adat yang perlu dipatuhi dalam sukan lompat tinggi. Sambil tangan bubuh dalam kocek, aku menerangkan satu persatu adat-adat lompat tinggi. Bermula dari adat-adat pemakaian atlit, adat melompat hinggalah adat bangun selepas lompat jatuh atas katil.

"Pantang Melayu, membelakangkan adat", ucap aku dengan tegas kepada pelajar mengakhiri sesi briefing.

Aku tengok jam dah pukul 6 petang.

"Ok,latihan tamat. Semua boleh pulang", kata aku sambil meninggalkan padang sedang tangan masih dalam kocek.

Tuesday, October 16

Pembangunan Sukan Lompat Tinggi



Minggu lepas sekolah aku join satu sukan peringkat zon. Jadi sebelum sukan bermula aku sibuk tune budak-budak aku supaya boleh bawak balik pingat Emas. Dengar ura-ura Guru Besar ada cakap  kalau dapat bawak balik pingat emas, wang pencen gur-guru akan ditambah.

"Peh lumayan ni", bayang aku dalam otak

Dalam masa seminggu aku tune budak-budak. Aku pilih untuk latih budak-budak dalam sukan lompat tinggi. Aku dengan ilmu lompat tinggi memang tak berapa ngam. Aku tidak ada sijil-sijil kejurulatihan dari mana-mana agensi.

Walaubagaimanapun, aku relak. Aku yakin ilmu-ilmu sebegini boleh diperolehi daripada buku-buku percuma dalam perpustakaan. Tambahan pula sukan Olimpik baru lepas, selalu juga aku tengok aksi atlet-atlet eropah wanita lompat tinggi dalam Astro haritu.


Monday, October 15

Pembangunan Sukan


Esok aku cerita pasal pembangunan sukan kat sekolah. Minggu ni elektrik kena catu jadi 12 jam saja. Nak masak nasi pun susah apa lagi nak berblog. 

Guru dan kreatif

Sebenarnya aku perasan ilmu reka cipta dalam diri  guru pendalaman memang tinggi. Aku percaya proses pengadaptasian ilmu reka cipta dalam diri guru pendalaman adalah  kerana faktor alam sekitar dan hidup susah.

Ketiadaan Corntos dan  Koka Kola tin yang dijual sewenang-wenangnya di sini memainkan elemen penting dalam proses kereatif. Oleh kekurangan makan makanan tersebut maka proses otak menjadi reput dapat dipanjangkan. Secara asasnya proses penuaan otak menjadi lambat dan otak menjadi semakin kreatif.


Ini adalah gambar dari sekolah SK Long Luteng. Semasa musim kemarau mereka mengangkat mesin basuh pergi ke tepi sungai. Tarik kabel panjang sampai rumah. Setel masalah.

Jadi aku simpulkan:
 

"Hanya insan-insan yang kreatif jadi guru pendalaman"

Aku dan karier

Hujung tahun ni maka satu tahun aku jadi cikgu.

Mula-mula dulu memang aku benci sangat sebab kena posting pendalaman. Hidup mula-mula memang susah sebab macam-macam benda tak ada kat sini. Elektrik pakai generator kadang-kadang tak 24 jam, orang Islam line telefon kedai makan panggung wayang semua tidak ada. Ayam kampung kena sembelih sendiri masak sendiri.

Sekarang jiwa aku dah kental.